Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

13 Ciri Ahli Syurga



Assalammualaikum...saudaraku yang dirahmati Allah semua..

Apakah impianmu mahu menjadi ahli SYURGA....???

Ketahuilah sesungguhnya didalam kitab suci al-Quran terdapat beberapa ayat-ayat yang menjelaskan bahawa Allah SWT menyediakan syurga seluas langit dan bumi untuk hamba-hamba-Nya yang memenuhi beberapa ciri-ciri mulia yang telah dinyatakan sendiri oleh Allah SWT. Maka itu kita perlulah berdoa terhadap Allah SWT semoga dipilih oleh-Nya untuk memasuki salah satu dari syurga-syurgaNya...insyaallah

1. Untuk orang yang bertakwa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Dan bersegeralah kamu semua menuju keampunan daripada Tuhanmu dan juga menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang bertakwa’.

( Ali ‘Imran; 133).

2. Untuk orang yang mendapat keampunan Allah SWT dan yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya.
Firman Allah SWT maksudnya : "Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya."

( al-Hadid; 21)

3. Untuk orang-orang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka syurga-syurga sebagai tempat mereka kembali’. 

( al Sajdah; 19).

4. Untuk orang takut kepada Allah dan tidak mengikut hawa nafsu.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "dan adapun orang yang takutkan kedudukan Tuhannya dan menahan kemahuan dirinya daripada mengikut hawa nafsu, maka sesungguhnya syurga adalah tempat kembali baginya" 

( al-Naazi'at; 40)

5. Untuk orang yang bertaubat dan beramal soleh.
Di dalam surah Ghafir, Allah SWT menceritakan tentang doa yang dipohon oleh malaikat kepada orang-orang yang beriman maksudnya : "Wahai Tuhan kami, Engkau meliputi semua perkara dengan rahmatMu dan ilmuMu. Maka ampunkanlah orang-orang yang bertaubat dan mengikut jalanMu dan jauhilah mereka daripada azab neraka. Wahai Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga-syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan kepada orang-orang yang soleh dari kalangan bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan zuriat mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana"

 (Ghafir; 7-8)

6. Untuk orang mukmin yang mengikuti cara kehidupan sahabat-sahabat Rasulullah SAW iaitu Muhajirin dan Ansar.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang-orang yang terdahulu daripada kalangan Muhajirin dan Ansor dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah telah reda kepada mereka dan mereka juga telah reda kepada Allah. Dan Allah telah sediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kejayaan yang besar"

 (al-Taubah; 100)

7. Orang yang menyeru kepada kebaikan dan mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Mereka (orang-orang kafir) mengajak ke neraka, sedang Allah menyeru (manusia) ke syurga dan keampunan dengan izinNya". 

(al-Baqarah; 221)

8. Orang yang berjaya dipilih oleh Allah SWT untuk dijauhkan daripada neraka (menjauhkan diri daripada dosa-dosa besar dan kecil).
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Barangsiapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya".
(Ali Imran; 185)

9. Orang yang infak dan bersedekah hartanya di jalan Allah SWT dan berjihad di jalan-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janji selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar".

( at-Taubah; 111)

10. Orang yang berbahagia (diampunkan dosa-dosanya dan mendapat rahmat Allah SWT) di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Adapun orang yang berbahagia (di akhirat) maka tempatnya di dalam syurga".

( Hud; 108)

11. Orang yang berhikmah (berilmu) dan beramal soleh.
Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah SWT yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah aku bahan percakapan yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah aku di kalangan orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan".

(asy-Syu'ara;83-85)

12. Orang yang sabar ketika berhadapan dengan orang yang zalim.
Di dalam surah al Tahrim, ayat 11 tendapat doa isteri Firaun yang solehah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Allah menjadikan isteri Firaun sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman. Ketika ia berkata: 'Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah di sisiMu di dalam syurga. Dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim'.".

 ( at-Tahrim; 11)

13. Orang yang memiliki jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah)
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu"

.( al-Fajr; 30)

Oleh itu marilah kita berusaha untuk memenuhi 13 ciri-ciri ahli syurga yang sebagaimana yang telah disebutkan di dalam al-Quran tersebut. Iaitu orang yang beriman, beramal soleh, bertaubat, berbahagia, bersedekah, berjihad, menyeru kepada kebaikan, berilmu, bersabar , tidak mengikuti hawa nafsu dan jiwa yang tenang (mutmainnah).

Insyaallah, didiklah hati dan jiwa kita untuk sentiasa beriman dan berhubung dengan Allah SWT. Pebanyakkan istiqomah dengan Islam dan yakin dengan janji-janji Allah SWT kerana sesungguhnya Dia tidak akan memungkiri janji-janji-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang terpilih memasuki syurga Allah SWT dia adalah orang-orang yang amat beruntung....subhanallah

Sesungguhnya Yang Baik itu Dari Allah jua...

Maaf jika ada kekhilafan dariku....

* ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

7 Lapisan Nafsu Manusia

Assalammualaikum.....

Tahukah anda nafsu manusia terdapat 7 lapisan kesemuanya iaitu daripada buruk ke baik. Berikut adalah jenis-jenis nafsu tersebut.

1. AMARAH

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

2. NAFSU LAWWAMAH

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.

3. MULHAMAH

Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.







4. NAFSU MUTMAINAH

Inilah peringkat/ martabat nafsu yang pertama yang benar-benar direhai Allah seperti yang saudara kita nyatakan di atas. Yang layak masuk syurga Allah. Maknanya siapa sampai pada maqam ini bererti syurga tetap terjamin, InsyaAllah.

5. NAFSU RADHIAH

Maqam ini dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.

6. NAFSU MARDIAH

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi", maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata.Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri.

7. KAMALIAH

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

Wallahhu'alam

Semoga bermanfaat...insyaallah

*ALLAH KUSA MAKHLUK TIADA KUASA

Mengislah Diri..sejauh mana ketaatanmu...





Assalammualaikum.....

Sesungguhnya seorang hamba dapat melakukan taat ibadat kepada Tuhan itu hanya menurut kedudukannya di sisi Tuhan atau perasaan imannya terhadap Tuhan, atau kedudukan Tuhan di dalam hatinya.


Apabila memperhatikan kata tersebut, kita menilai sejauh mana ketaatan kita kepada Allah dalam kehidupan. Bermula dari bangun pagi hingga tidur semula, apakah kita melakukan taat ibadat secara yang Allah benar-benar redhai? Apakah kita rasakan ibadat dan taat itu dibuat atas daya upaya kita sehingga terlupa untuk bersyukur bahawa ibadat dan taat itu kerana rahmat Allah?

Ketahuilah, apabila kita diizinkan Allah melakukan ibadat dan ketaatan, kita perlu gembira dan bersyukur kerana amal itu kita dapat laksanakan kerana kasih sayang dan rahmat Allah kepada kita. Tiada daya upaya kita tanpa pertolongan dariNya.

Maka, sejauh mana pula kita dapat laksanakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya? Perhatikan kembali ayat di atas iaitu bagaimana kedudukan Allah dalam hati kita dan kedudukan kita di sisi Allah. Siapa pula yang sering kita ingat dan tersemat di hati kita? Kalau yang lain melebihi dari Allah dalam hati kita, maka itulah kedudukan taat kita kepada Allah.

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” [an-Nisaa: 59]

Oleh itu, ingatlah Allah selalu dan pastikan dalam hati kita sentiasa ada tempat untuk kita mengingati dan mencintai Allah. Dengan itu, kita mampu melakukan ketaatan dan ibadat sesuai dengan kedudukan tersebut. Hidayah Allah hanya meresap ke dalam hati kita hanya apabila ada tempat kosong untuknya. Jadi, sediakanlah ruang di hati kita untuk mencintai Allah, dan ruang untuk nur hidayahNya.

Semoga Allah memberikan kepada kita semua Taufiq dan Hidayah kepada kefahaman betul dalam agama Allah....

Insyaallah....


" ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA "

Jadilah wanita bahagia


Wahai wanita yang telah meredhai Allah SWT sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad SAW sebagai rasulnya....berusahalah dirimu untuk mengecapi kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

Katakanlah.......

TIDAK… Bagi perbuatan yang dapat mensia-siakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya.

TIDAK… Bagi sikap yang lebih mengutamakan harta benda dan mengumpulkannya, kurang arif untuk menjaga kesihatanmu, kebahagiaanmu, dan waktu istirehatmu.

TIDAK… Bagi perangai yang suka mencari kesalahan orang lain, membuka aib orang lain (ghibah) dan melupakan aib diri sendiri.

TIDAK… Bagi perangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

TIDAK… Bagi sikap yang selalu menghabiskan waktu dengan melepak, dan memboroskan waktu berjam-jam untuk bergurau dan bermain.

TIDAK… Bagi perilaku acuh terhadap kebersihan dan keharuman tubuh, serta masa bodoh dengan tempat tinggal dan ketertiban kejiranan

TIDAK… Bagi setiap minuman yang haram, rokok, dan segala sesuatu yang kotor dan najis.

TIDAK… Bagi sikap yang selalu mengingat-ingat kembali musibah yang telah lalu, bencana yang telah terjadi, atau kesalahan yang terlanjur dilakukan.

TIDAK… Bagi perangai yang melupakan akhirat, yang lalai membekali dirinya dengan amal soleh , dan yang lengah dari peringatan tentang kedahsyatannya.

TIDAK… Bagi perangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah, dan perilaku yang dapat memangkas perkara-perkara ketaatan.

————–

YA… Untuk senyummu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutus kasih sayang bagi orang lain.

YA… Untuk kata-katamu yang baik, yang membina persahabatan dan menghapuskan rasa benci.

YA… Untuk sedekahmu yang dikabulkan, yang membahagiakan orang-orang miskin, menyenangkan orang-orang fakir, dan mengenyangkan orang-orang lapar.

YA… Untuk kesediaanmu duduk bersama Al-Qur’an seraya membaca, merenungi, dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.

YA… Untuk kesediaanmu berzikir, beristighfar, tenggelam dalam doa, dan sentiasa memperbaiki taubatmu.

YA… Untuk usahamu dalam mendidik anak-anakmu dengan agama, sunnah, dan nasihat yang bermanfaat bagi mereka.

YA… Untuk rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.

YA… Untuk pergaulanmu dengan wanita-wanita yang baik dan takut kepada Allah, mencintai agama dan menghormati nilai-nilainya.

YA… Untuk baktimu terhadap ibu bapa, silaturahim pada saudaramu, menghormati tetangga, dan berlemah lembut terhadap anak-anak yatim.

YA… Untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi ilmu.

"Ya Rabbi, jadikan aku seorang wanita paling bahagia agar aku mampu membahagiakan insan² yg aku sayang... Aamin."



" ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA "

janganlah bersedih...muhasabah diri lah selalu






Jika hari ini kita derita, esok pasti bahagia. Jika hari ini bahagia, esok pasti derita. Itu pasti akan berlaku dalam kehidupan kita, seumur hidup kita, selama mana jantung kita masih berdegub. Jadi, kenapa kita perlu takut untuk berdepan dengan kehidupan kita seterusnya?

Bukankah kita telah melepasi kisah yang lalu. Kalau dahulu kita mampu dan kuat setelah pelbagai ujian dan dugaan dariNYA, kenapa kita perlu risau untuk terus berdepan dengan masa hadapan?

Allah Maha Tahu kemampuan hambaNYA. Yakinlah, apa yang terjadi dalam kehidupan kita adalah yang termampu dan terdaya untuk kita lakukan. Allah tidak pernah menguji kita diluar kemampuan kita. Itu janji Allah.

Allah TAK pernah tipu. Menyedari hakikat bahawa Allah menguji mengikut kemampuan kita, percayalah kita mampu menghadapi segalanya dan ujian kita pasti berbeza dengan orang lain.

Jadi, apa yang perlu ditakutkan? apalagi yang perlu disedihkan? jika kita tahu bahwa ALLAH itu ADA dan menepati janji. Lalu janganlah bersedih...

Ya Allah, tambahkan kekuatan dihati kami....

Barakallah....

" Allah Kuasa Makhluk Tak Kuasa "

Syukur nikmat






Assalammualaikum....

Betapa kadang-kadang manusia leka dengan kehidupan dunia yang sementara. Sesungguhnya ALLAH SWT melimpahkan segala nikmatNya dalam kehidupan di dunia ini untuk setiap makhluk ciptaanNya.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud, “Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka daripada Allah lah (datangnya)…” (Surah An-Nahl: 53).


“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.”
(Surah An-Nahl: 18)

Untuk mensyukuri pelbagai nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhingga ini, jalanilah kehidupan dengan mempertingkatkan iman. Iman yang mempunyai pelbagai tingkatan merupakan antara nikmat kurniaan ALLAH SWT yang tidak ternilai.

Nikmat iman hanya dapat difahami orang yang benar-benar menjalankan kehidupannya menggunakan petunjuk ALLAH SWT dan mencontohi Rasul-Nya. Ia menghasilkan kehidupan yang murni. Dengan peningkatan iman, maka diri seseorang sentiasa terperlihara daripada pelbagai segi termasuk perjalanan kehidupan secara keseluruhan.

Wahai sabahat-sabahatku, jika kita sentiasa bersyukur, nikmat kita akan ditambah oleh Allah sepertimana janji Allah di dalam ayat ini:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Tetapkanlah diri mensyukuri nikmat, sebab jarang sekali nikmat yang telah hilang akan datang kembali..Seumpama orang yang dahaga....hanya akan merasai nikmat air itu , bilamana ia benar-benar dalam kehausan.


(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka. (16) (Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam) dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.” (Surah Al-Jinn: Ayat 16-17)

'ALLAH BERKUASA MAKHLUK TIADA KUASA' 

Redholah atas apa pun jua...



Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " .
(Riwayat Muslim)

Wallalhu'alam

'Allah Kuasa Makhluk Tak Kuasa'

Pelihara diri





" Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dar balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambi daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
(Al-Baqarah 2:48)

Sampai bila..





Ya Allah Ya Rahman.

Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku..
Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan

Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab

Entah apa sudah jadi dengan diriku ini
Terasa Iman dijiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap

Aduh..teruknya diriku ini
Sampai bila akan terus begini


Ampuni aku Ya Allah......


" ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA "

Kehendak Allah atas apa jua.

" Sesungguhnya apa yang berlaku adalah atas kehendakNya jua "
subhanallah...


Firman Allah SWT mafhumnya;

وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan Dia (Allah) Mengetahui (Segala) Apa Di Langit Dan (Segala) Apa Di Bumi, Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu

[Surah Ali 'Imran: 29]

Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu (yg termasuk dalam perkara-perkara yang harus pada aqal) iaitu perkara yang berjisim (segala makhluq), perbuatan manusia, usaha manusia, niat di hati, lintasan di hati, degupan jantung, pernafasan dan lain-lain. Sesiapa yang mengatakan atau ber'itiqad bahawa Allah Ta'ala tidak berkuasa terhadap perbuatan manusia, maka dia telah bertentangan dengan nas al-Quran. Dan sesiapa yg bertentangan dengan nas al-Quran, maka dia jatuh kufur...nauzubillah

" ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA "

Wahai Muslimahku..Aku tahu..







Wahai Muslimahku, sesungguhnya....

Aku tahu.....
Apabila dirimu telah jatuh cinta kepadaku
Aku tidak semesti punya segalanya
Tetapi aku adalah segalanya dihatimu.

Aku tahu....
Apabila dirimu mengalirkan air mata
Itu bukan bermakna dirimu lemah 

tetapi sedang mencari kekuatan
Untuk terus tabah mencintai diriku.

Aku tahu....
Apabila dirimu marah
Memang tidak mampu mengawal perasaanmu
Tapi aku percaya, itu maknanya
Dirimu sangat mengambil berat dan menyayangi diriku.

Aku tahu....
Apabila dirimu bercakap banyak
Bukan maksud dirimu untuk membuatkan diriku rimas
Itu adalah kerana dirimu mahu mengenaliku lebih dekat

Aku tahu....
Apabila dirimu mahu diriku berubah
Itu bukan bermakna dirimu 

tidak mahu menerima diriku seadanya
Tetapi mahukan diriku lebih sempurna
untuk masa depan bersamamu

Aku tahu....
Apabila dirimu cemburu dan tidak mempercayai diriku
Bukan bermakna dirimu tidak menyayangiku
sebaliknya dirimu terlalu sayangkan diriku
dan hanya mahukan yang terbaik untuk diriku

Aku tahu....
Apabila dirimu merajuk 
itu adalah kerana dirimu mahukan
diriku beri sepenuh perhatian terhadap dirimu

Aku tahu.....
Apabila dirimu jarang mengungkap sayang padaku
Itu tidak bermaksud dirimu tidak menyintaiku
Itu adalah kerana mahukan aku merasai sendiri cintamu
bukan dengan kata-kata tetapi melalui perilakumu

Aku tahu....
Bila dirimu menyatakan rindu padaku
Sememangnya benar dirimu merinduiku
Apabila berjauhan, bayangku akan sentiasa bermain dimatamu

Aku tahu....
Apabila dirimu membantah
Bukanlah bermaksud untuk melawan
Tapi mahu melihat sejauh mana 
diriku mampu bersabar dengan 
sikap dan tingkah lakumu

Aku tahu....
Apabila dirimu berkata “tinggalkan diriku”
Bukanlah bermaksud untuk menyuruhku pergi selamanya
Hanya sekadar mahu menenangkan fikiranmu
Apabila dirimu kembali tenang
Aku percaya dirimu akan mencari ku semula
Itulah tandanya dirimu benar benar menyintai diriku

Aku tahu....
Sememangnya Allah menciptakan 
Adam dan Hawa itu dengan perbezaan tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami
maka mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Kaum Hawa itu dicipta oleh Allah SWT indah sekali
Disebalik air matanya tersimpan 

seribu kekuatan yang menjadikan 
Kaum Adam itu berasa selamat bersamanya.

Biarpun zahir kaum Hawa itu nampak lemah
Tapi dia punyai kekuatan sendiri 
yang bisa mengoncang dunia
Dan mungkin bisa pula membuat kaum Adam 
menjadi lemah kerananya....wallahhu'alam

Dari itu Wahai Anak Adam bergelar lelaki,
hargailah kehadiran seorang Muslimah dalam hidupmu
Kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokongmu
Dan membuat hidupmu lebih sempurna dan
dia juga bakal menjadi Muslimah bekerjaya,
isteri dan ibu yang terbaik 
kepada anak anak mu nanti......barakallah

Dan untukmu Wahai Muslimahku..jadikan dirimu
Muslimah Solehah buat diriku...insyaallah

" Allah Kuasa MAkhluk Tiada Kuasa "

Keangkuhan si IBLIS



Dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya.....

Maka diciptakanlah Adam a.s oleh Allah SWT dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna. Lalu Allah SWT memerintahkan Para Malaikat untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s sebagai tanda menghormati dan memuliakan ciptaanNya itu. Meskipun dalam keraguan, namun Para Malaikat patuh akan perintah Allah SWT.

Allah SWT berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]

Ketika semua makhluk syurga sujud kepada keagungan Allah diatas penciptaanNya iaitu Nabi Adam a.s, Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah kerana merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam. Demikian halnya adalah disebabkan Iblis diciptakan dari unsur api sedangkan Adam hanyalah dari tanah dan lumpur. Kebanggaan dengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan tidak layak untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun telah diperintah oleh Allah SWT.

Cubalah fikirkan diri kita pula. Kita adalah hamba yang dicipta olehNya, dimuliakan sehingga para Malaikat patuh untuk sujud kepada Bapa kita Adam, tetapi mengapa pada saat ini ada diantara kita, merasa malas, suka bertangguh dan kadang kala tidak menghiraukan akan segala petunjuk dan perintah Allah untuk sujud dan beribadah kepadaNya. Jesteru mahukah kita juga tergolong dikalangan keluarga IBLIS yang sombong dan bongkak itu...???.......nauzubillah

Ketahuilah bahawasanya manusia walaupun telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental mereka tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Seperti mana yang telah terjadi pada diri Nabi Adam walaupun baginda telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Baginda telah lupa dan mengingkari perintah Allah kepadanya mengenai pohon terlarang itu dan mengenai Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.
Dan kita telah pun menerima peringatan itu bahwa IBLIS adalah musuh yang nyata buat kita, adakah masih lagi kita mahu bersekongkol dengan si IBLIS..???

Andai seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidakkah sepatutnya mereka berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan mereka sedar akan kesilapan dan bertaubat serta tidak akan mengulanginya . Rahmat Allah dan maghfirah-Nya dapat mencakupi segala dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya kecuali syirik sekalipun dosa besar asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan. Oleh itu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat...insyaallah

Sifat sombong dan bongkak selalu membawa kepada kerugian dan kebinasaan. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya sehingga hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga dia menganggap dan memandang rendah Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah SWT. Maka dari itu janganlah kita juga menjadi keluarga IBLIS yang sentiasa hidup dengan kesombongan dan keangkuhan yang mana akan membinasakan kita di DUNIA juga AKHIRAT......nauzubillah


Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri."
 (As-Sajadah: 15)
"Ya Allah Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggari perintah-Mu kerana terikut pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami....Ya Allah. Ampunilah kami Ya Allah...Ampunilah kami Ya Allah...aamin allahhumma aamin."

Wallahhu'alam

'Allah Kuasa Makhluk Tiada Kuasa'
* renung dan fikir-fikirkanlah....

Doa Yang Tidak Di Makbulkan Allah





1) Membaca Al-quran tetapi tidak mengamalkannya
2) Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur
3) Mengatakan syaitan itu musuh tetapi tetap menjadi pengikutnya
4) Mengatakan syurga itu wujud tetapi tidak berusaha untuk memasukinya
5) Mengatakan neraka itu dahsyat tetapi tidak cuba untuk menjauhinya
6) Mengatakan kita akan mati tetapi tidak bersedia
7) Selalu tengok jenazah ke kubur tetapi tidak mengambil iktibar
8) Menceritakan aib orang lain tetapi lupa aib sendiri
9) Mencintai nabi tetapi tidak mengikut sunnah
10) Mengatakan kita kenal Allah tetapi tidak menunaikan perintah -Nya


Wallahhu'alam