Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Manusia dialam barzakh

Manusia terdiri daripada jasad dan roh sekalipun dengan hubungan antara keduanya yang bersifatsangat relatif (nisbi). Terdapat lima bentuk hubungan antara roh dan jasad, iaitu:
  • Hubungan antara roh dan jasad di dalam rahim ibu (janin).
  • Hubungan keduanya di muka bumi setelah dilahirkan.
  • Hubungan antara keduanya ketika tidur.
  • Hubungan antara keduanya ketika di alam barzakh.
  • Hubungan antara keduanya ketika dibangkitkan dari alam barzakh.
Walaupun roh berpisah setelah kematian namun perpisahan antara keduanya bukanlah perpisahan yang mutlak (firaq kulliy). Sungguh banyak dalil yang menjelaskan bahawa roh dikembalikan kepada jasad di dalam kubur ketika disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir. Roh juga dikembalikan ketika menjawab salam orang yang menziarahi kubur. Pengembalian roh ini adalah pengembalian khas dan tidak semestinya pengembalian yang dapat menghidupkan jasadmelainkan pada hari kebangkitan.
Sehubungan dengan hakikat ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menjadikan untuk manusia tiga peringkat kehidupan, iaitu:
  • Kehidupan Dunia.
  • Kehidupan Barzakh
  • Kehidupan Qarar

Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menjadikan bagi tiap-tiap kehidupan tersebut khas dengan hukum-hakamnya yang tersendiri berbeza dengan kehidupan yang lain. Manusia dijadikannya memiliki jasad dan roh.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala menetapkan hukum-hakam di dunia berdasarkan jasad kasar manusia sedangkan roh hanya mengikutinya. Oleh sebab itu Allah menjadikan hukum-hakam syari‘at didasarkan kepada ucapan lisan dan amalan anggota sekalipun rohaninya bercanggah dengan apa yang diucap atau yang diamalkan.

Adapun hukum-hakam Barzakh, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menetapkannya berdasarkan roh sedangkan jasad kasarnya hanya mengikutinya. Ini berbeza dengan kehidupan di duniasebagaimana yang telah diterangkan di atas. Oleh itu di alam Barzakh badan akan turut merasakan kepedihan azab jika rohnya disiksa sebagaimana badan akan turut merasakan nikmat jika roh mendapat nikmat. Ini kerana jasad adalah penyebab untuk mendapat nikmat atau sebaliknya siksaan.

Adapun pada Hari Kiamat ketika jasad dibangkitkan dari alam Barzakh untuk menghadap Allah, maka berhimpunlah jasad dan roh secara hakiki untuk menerima nikmat ataupun siksaan. Di alam akhirat inilah pertautan jasad dan roh menjadi yang paling sempurna. Ia melebihi pertautannya di alam yang lain kerana pertautan kali ini tidak akan dicemari oleh kematian, tidur, kerosakan dan sebagainya.

Azab Wanita














Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat..
Renungan khususnya untuk para WANITA dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya
mengapa Rasulullah SWT menangis.

Baginda menjawab, 

"Pada malam aku diisra'kan,aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.
Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksaannya.

Puteri Rasulullah SAW kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

1."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya dan otaknya mendidih.

2.Aku lihat perempuan digantung lidahnya serta tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
 
3.Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya lalu dihulurkan ular dan kala jengking.
 
4.Dan aku melihat perempuan yang memakan badannya sendiri,di bawahnya dinyalakan api neraka. 
 
5.Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

6.Aku juga melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta lalu dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka serta merta otaknya keluar dari lubang hidung dan badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

7.Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar dan beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. 


8.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?


*Rasulullah SAW menjawab,

1."Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yangtidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2.*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat

tidurnya.

3.*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak
taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.


4.*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


5.*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

6.*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia boleh solat tapi
tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

 
7.* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah tukang umpat dan pendusta..

8.*Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah PERINGATAN KERAS kepada kaum perempuan...

22 Tanda kiamat makin hampir

Berikut adalah tanda-tanda hari kiamat kian hampir...

Gambar Iklan Di Sebuah Saloon
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi. 
Gay Semakin Menjadi-jadi


10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga. 



15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya. 
Al-Quran Tersusun Rapi Di Dalam Alamari


18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

WALLAHUALAM..

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat..


Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal 
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala



LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat



LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

Gambaran Bagi Neraka..Namun..Bahang Api Neraka ialah 70 kali ganda dari api dunia..renungkanlah..

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

Bukan Gambar Sebenar


LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


Subhanallah..MasyaAllah..
Sama-samalah kita jadikan ini sebagai pedoman dan panduan dalam kehidupan kita..jazaakallah

*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA

7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR..


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ: إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا
يُعَذَّبَانِ فِى كَبِيْرٍ ، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ

يَسْتَبْرِئُ مِنَ الْبَوْلِ ، وَأَمَّا اْلآخَرُ فَكَانَ يَمْشِى بِالنَّمِيْمَةِ . ثُمَّ دَعَا بِجَرِيْدَةٍ فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ فَقَالَ : لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَالمَ ْيَبِسَا .


Daripada Ibn Abbas radhiallahu 'anh: Sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melalui (melintasi) dua kubur, lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya kedua dua penghuni kubur ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika buang air kecil, sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang.”

Kemudian baginda shallallahu 'alaihi wasallam meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda: “Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering.”
[Shahih al-Bukhari – no: 218, Shahih Muslim – no: 292]


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji.


 
  Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

Bukan Gambar Sebenar !!!
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


Kalau boleh,situasi yg no 7 tu la yg kita dambakan..
Jadi,untuk mendapatkan apa yg kita idamkan itu,kita perlu berusaha dari sekarang ni lah..Agar tak terlambat nanti..Kita jugak yg rugi kan..
INSYAALLAH ...
Moga ALLAH SWT merahmati dan memudahkan segala usaha kita dalam menuju kepadanya..


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ اْلأَخِيْرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ:

مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّـالِ.


Daripada Abi Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Jika salah seorang dari kamu selesai membaca tasyahhud akhir (dalam solatnya) maka hendaklah ia memohon kepada Allah daripada empat perkara: Daripada azab Jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah hidup serta mati dan daripada fitnah Dajjal.”
[Shahih Muslim, Kitab Masjid, no: 588]


*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA

Nabi terima wahyu pertama

Assalammualaikum...

Hadis Bukhari dan Muslim,daripada Aisyah Ummul Mukminin ra, katanya:Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw ialah berupa mimpi-nyata Di waktu tidur,yang dilihat jelas oleh beliau bagaikan cahaya pagi. Semenjak itu timbul keinginan dihati beliau hendak bersunyi diri, lalu beliau pergi mengasingkan diri di Gua Hira'. 

Di situ beliau beribadat selama beberapa malam, hingga perbekalannya habis. Apabila perbekalannya telah habis, beliau pulang kepada isterinya Khadijah,untuk mengambil lagi bekalan secukupnya, dan kemudian beliau kembali pula ke gua Hira'. Keadaan itu berlangsung beberapa lama hingga suatu ketika apabila datang Kepadanya Al-Haq, iaitu ketika beliau di Gua Hira'.Malaikat datang kepadanya lalu berkata,"Bacalah!"Jawab Nabi, "Saya tidak tahu membaca.Kata Nabi (menceritakan): Lalu saya ditarik dan dipeluknya hingga saya kepayahan.Kemudian saya dilepaskan seraya dia berkata, "Bacalah!" jawabku, "saya tidak tahu membaca."Lalu saya ditarik dan dipeluknya kali kedua,hingga saya kepayahan. 

Kemudian Saya dilepaskan seraya dia berkata, "Bacalah!" jawabku, "saya tidak tahu membaca."Lalu saya ditarik dan dipeluk kali ketiga, kemudian saya dilepaskan seraya dia Berkata: "Iqra' bismi rabbikal lazii khalaq.khalaqal insaana min 'alaq.Iqra warabbukalAkram…"(Bacalah,dengan nama Tuhanmu yang mencipta. Mencipta manusia dari Segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu yang Maha Mulia,yang mengajar dengan Kalam. Mengajar manusia apa yang tidak diketahui "

Selepas itu Rasulullah saw bergegas pulang kerumah, membawa pengalamanYang baru dialaminya itu, dengan tubuh mengigil gementar. Kepada isterinyaKhadijah dia berkata, "Selimutlah aku ! Selimutlah aku!" Khadijah segera Menyelimutkannnya hingga hilang rasa terkejutnya. Dia berkata kepada Khadijah, setelah menceritakan apa yang berlaku, "sungguh aku bimbangkan diriku."Maka kata Khadijah, "jangan bimbang.tapi gembiralah! Demi Allah, Tuhansekali-kali tidak akan mengecewakan kamu. kamu selalu menghubungkan talisilaturahim, berkata yang benar, menunaikan tanggungjawab, menyediakan yang belum ada, memuliakan tetamu,dan menolong orang-orang yang menegakkan kebenaran."

Selepas itu khadijah pergi bersama dengan Nabi menemui Waraqah bin Naufal Bin Asad bin Abdul Uzza,iaitu anak bapa saudara Khadijah,yang beragama Nasrani Sejak zaman jahiliyah. Dia pandai menulis kitab dalam bahasa Arab,dan telah menyalin Kitab injil ke dalam bahasa Arab, beberapa salinan. Usianya telah lanjut,dan matanya telah buta. Khadijah berkata kepadanya, "Wahai anak bapa saudaraku! Dengarlah khabarDari anak saudaramu ini." Maka Waraqah bin naufal pun berkata, "Wahai anak saudaraku. Apakah yang telah berlaku kepadamu?" Lalu Rasulullah saw pun menceritakan Kepadanya peristiwa yang telah dialaminya itu.Kata Waraqah, "itulah Namus (malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Musa As.wahai diriku,kalaulah aku masih muda…Wahai,kalaulah aku masih hidup ketika Engkau diusir oleh kaummu. "Rasulullah saw bertanya, "Apakah mereka akan mengusir ku?" jawab Waraqah," ya. Tidak pernah seorang pun yang membawa apa yang engkau bawa itu tidak Dimusuhi orang. Sekiranya aku masih sempat bersama engkau pada hari itu,pasti aku Akan membelamu sekuat-kuatnya."

Tidak berapa lama selepas itu Waraqah pun meninggal dunia.

Wallahhu'alam bisawab..

sumber;
Terjemahan Hadis Sahih Muslim, 2003, hadis no. 132, ms 77-79
Shahih Bukhari (terj), 1997 hadis no. 3, ms 2-5 (i).

*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA

Luasnya Neraka





Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
"‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’

Jawabnya:
‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya…’

Lalu nabi s.a.w.. bersabda:
‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya:
‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seributahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’

Nabi s.a.w. bertanya:
‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’

Jawabnya:
‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.’Siapakah penduduk masing-masing pintu?’ Jawab Jibrail:
‘Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
  1. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
  2. Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
  3. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
  4. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..
  5. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’
Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’
Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yg Lalai’)
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
  11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua…..Wallahua’ lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:’ Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
‘Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?’

Maka jawabnya Rasulullah saw
‘Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.’ Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu ‘itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN’ mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian’ Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
  1. Para Nabi
  2. Para Ahli Jihad
  3. Para Alim Ulama
  4. Para Syuhada
  5. Para Penghafal Al Quran
  6. Imam atau Pemimpin yang Adil
  7. Tukang Azan
  8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
  10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan : ‘Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ‘

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
‘Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.’


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ‘ Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.’
Surah Al-Baqarah : 237

*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA

Kepentingan mengingati mati


" mati itu pasti"


Hadith :

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya:

 "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat".

Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya:

"Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu';

Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu).

Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu".

Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".


Abu Sa'id r.a

*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA