Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Neraka Wail Bagi Orang Yang Solat

ASSALAMMUALAIKUM...

Firman Allah s.w.t : “ Orang-orang yang sembahyang diancam dengan neraka Wail, iaitu yang melupakan tujuan sembahyangnya.. Mereka yang sembahyang semata-mata hanya kerana manusia dan enggan membantu orang lain, yakni dengan sembahyang tidak mampu mengubah sifat-sifat buruknya.” (Surah Al-Ma’un : 4)





Keterangan:
Sebenarnya sembahyang yang benar adalah sembahyang yang menunjukkan keperluan kepada Allah dan menunjukkan ketundukan hati. Sesungguhnya diperintahkan sembahyang itu semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Allah tidak merasa diuntungkan atau dirugikan jika kita mengerjakan sembahyang atau tidak.
Namun, Orang yang nampaknya sembahyang boleh juga dianggap tidak sembahyang. Bahkan sembahyangnya ditolak dan dia diancam masuk neraka. Itulah sembahyang orang-orang munafik dan inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah tersebut..
Jesteru.. adalah sangat penting bagi kita untuk mengetahui solat/sembahyang yang tidak dikira sebagai amalan pertama kita yang akan dihisab di akhirat kelak..


SEMBAHYANG YANG TIDAK DIKIRA SEMBAHYANG


SEMBAHYANG YANG KURANG SYARAT DAN ADABNYA
Seseorang yang hendak bertemu dengan raja atau ketua negara pasti memperhatikan adab kesopanan yang mesti dipatuhi. Begitu jugalah dengan hamba yang sangat kerdil pergi menghadap dan berdialog dengan Allah yang Maha Besar, hendaklah patuh terhadap syariat-Nya.

Jika menghadap raja sahaja pun sudah cemas dan gelisah, apatah lagi menghadap Allah. Semestinya seseorang hamba harus merasa lebih gelisah, takut dan penuh harapan apabila berjumpa dengan Allah melalui sembahyang.


MENJADIKAN SEMBAHYANG KEGIATAN BIASA
Jika kita memandang bahawa sembahyang adalah sesuatu yang biasa, maka kita tidak akan mendapat manfaat sedikit pun dari sembahyang itu. Sembahyang yang baik dan benar ialah yang dikerjakan dengan hati yang ikhlas.

ORANG YANG MENCURI DALAM SEMBAHYANG
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri sembahyangnya (tidak menyempurnakan rukun sembahyangnya)”
Sembahyang yang tidak sempurana ialah apabila rukuk tidak sempurna kerana tulang belakangnya tidak lurus. Ketika berdiri, dia memalingkan kepala, melirik ke pelbagai arah, bahkan membaca tulisan yang melekat di dinding masjid. Semua itu dianggap pencuri paling jahat.

JASAD SEMBAHYANG FIKIRAN MENERAWANG DAN LALAI
Firman Allah s.w.t : “ Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingat-Ku!” (Surah Toha: 14)

Bagaimana mungkin seseorang itu dikatakan sembahyang jika fikirannya mengingat selain Allah. Dan orang yang lalai dalam sembahyang itu dianggap celaka.Firman Allah : “..dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai” ( Surah Al-A’raf : 205)

Kerana itu dalam sembahyang hendaklah kita memahami makna bacaan yang dihafalkan. Kerana makna bacaan yang terkandung memiliki maksud suatu “komunikasi” dengan Allah.
Allah swt berfirman : “..sampai kamu mengerti apa yang kamu ucapkan”

ILTIZAM SEMBAHYANG TETAPI SUKA MENGUMPAT

Jika orang iltizam mengerjakan sembahyang tetapi masih terus mempunyai kebiasaan berburuk sangka dan mengumpat (walaupun orang yang diperkatakan itu benar-benar bersalah atau berbuat dosa atau memang keadaannya buruk) maka apa yang dikerjakannya itu tidak bermanfaat bagi pembentukan akhlaknya.

SEMBAHYANG KERANA MENGHARAPKAN PUJIAN
Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman : “Maka celakalah orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang lalai dari sembahyangnya; orang-orang yang riya’.” (Surah Al-Ma’un 4-6)

Sungguh orang yang riya’ itu mempermainkan Allah. Ketika dia bermaksud beribadah kepada Allah, dia juga bermaksud pula untuk mencari pujian dari manusia.

SEMBAHYANG ORANG YANG MEMBIARKAN ANAK YATIM
Firman Allah s.w.t: “Sungguh orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke adalam api yang menyala-nyala (neraka).” (Surah An-Nisa’)

Diceritakan pula bahawa nanti di akhirat ada seseorang yang diserahkan kepada orang yang lain. Orang-orang yang diserahi itu kemudian mencabuti janggut-janggut mereka. Sedangkan yang lain datang dengan membawa batu besar dari neraka dan memasukkan ke dalam mulut mereka. Lalu, batu besar itu keluar dari duburnya. Sungguh mereka itu adalah orang yang ketika di dunia berbuat zalim terhadap anak yatim.

SEMBAHYANG ORANG YANG BAKHIL DAN ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT

Firman Allah s.w.t: “Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdikanak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka celakalah orang-orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang lalai dari sembahyangnya, dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” (Surah Al-Ma’un: 1-7)

Zakat dan sembahyang mempunyai kaitan yang sangat erat. Zakat dan sembahyang merupakan suatu tanda keimanan seseorang yang di dalamnya tersimpan ketaatan kepada Allah.

RAJIN SEMBAHYANG TETAPI TERUS MINUM ARAK
Al-Faqih memberi nasihat : Hendaklah berhati-hati jangan sampai dirimu minum arak, kerana ia mengandungi 10 macam bencana iaitu :
Pertama, menempatkan diri pada tempat yang gila serta menjadi bahan ejekan dan rendah di kalangan manusia beradab.
Kedua, bencana kemiskinan dalam kehidupan dan rosaknya akal fikiran serta tidak boleh berfikir waras.
Ketiga, bencana permusuhan dan perselisihan di antara keluarga dan kawan-kawan.
Keempat, terhalang untuk mengingat Allah dan mengerjakan smbahyang.
Kelima, bencana zina (dengan orang lain atau bekas isterinya).
Keenam, menjadi perintis atau pembuka kejahatan.
Ketujuh, menganggu malaikat Hafazhah (malaikat pembawa amal) kerana memaksanya ke tempat fasiq yang busuk baunya.
Kelapan, bencana hukum dera 80 kali pukulan dan disaksikan oleh orang-orang Islam (di negara Islam).
Kesembilan, amal kebaikannya dan doanya ditolak selama 40 hari (untuk minum sekali)
Kesepuluh, kemungkinan akan mengalami bencana yang luar biasa iaitu mati dalam keadaan tidak beriman.

SEMBAHYANG ORANG YANG SUKA BERBOHONG
Berbohong adalah perbuatan yang masuk peringkat dosa besar. Tetapi kita sering bermain-main dengan kebohongan itu. Selama ini ramai orang mengerjakan tetapi menganggap kebohongan adalah sesuatu yang tidak bererti dosanya. Sekecil apa pun kebohongan, tetap dianggap dosa besar. Di belakang kebohongan itu akan muncul dosa-dosa besar yang dapat menghancurkan ibadah sembahyang.

RAJIN SEMBAHYANG TETAPI SUKA BERBOMOH
Bomoh (kahin) adalah orang yang mendakwa dirinya sebagai mengetahui perkara-perkara yang ghaib atau hal=hal yang tersembunyi.

Tukang ramal (‘aaraf) adalah orang yang mendakwa megetahui perkara-perkara ghaib menerusi cara meramal atau cara menghubung-hubungkan sesuatu.

Sabda Nabi s.a.w : “Sesiapa yang datang kepada bomoh kemudian bertanya sesuatu dan dia mempercayainya maka tidak diterima sembahyangnya selama 40 hari”

SEMBAHYANG ORANG YANG SUKA MENIMBUN HARTA
Firman Allah :
“Dan orang-orang yang menyimpan emas perak (harta benda), mereka tidak mendermakannya ke jalan Allah,maka ancamlah mereka dengan seksa yang pedih. Pada hari emas perak (harta benda) di bakar dalam neraka Jahannam, dan di dahi mereka pun dibakar, bersama lambung dan tulang belakang mereka. Dikatakan kepada mereka : “Inilah harta kekayaan yang engkau simpan untuk peribadimu, maka rasakanlah akibat harta simpananmu itu.” (Surah At-Taubah :34-35)

ORANG YANG MENGABAIKAN SEDEKAH
Abu Zhar Al-Giffari berkata : Sembahyang adalah tiang agama,jihad puncak amal, dan sedekah adalah suatu keistimewaan yang ajaib (diulang sampai tiga kali).

AKIBATNYA.....

SEKSA KETIKA DI DUNIA
Usaha dan rezekinya tidak berkat, nur solehin lenyap dari-Nya, dan dibenci oleh setiap orang mukmin.

SEKSA KETIKA SAKARATUL MAUT
Dicabut rohnya dalam keadaan haus, sekalipun minum seluruh air sungai,keluarnya nyawa dirasa sangat pedih,dan dikhuatirkan akan mati tidak membawa iman iaitu mati su’ul khatimah.

SEKSA DI DALAM KUBUR
Sukar menjawab pertanyaan Mungkar dan Nakir, terasa sangat gelap di alam kubur, seluruh anggota tubuhnya dihimpit oleh kubur sehingga hancur luluh.

SEKSA KELAK DI AKHIRAT
Terasa sangat berat perhitungan amalnya, dimurkai Allah, diseksa oleh Allah dengan api neraka.

MARILAH sama-sama muhasabah diri.. serta fikiran… buku catatan amalan kita ni takut-takut, bila dibuka diakhirat, kosong semata-mata… nauzubillah…berdoalah Semoga amalan ibadah kita diterima olehNYA..insyaALLAH..

Wallahu'alam

ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA