Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Keangkuhan si IBLIS



Dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya.....

Maka diciptakanlah Adam a.s oleh Allah SWT dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna. Lalu Allah SWT memerintahkan Para Malaikat untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s sebagai tanda menghormati dan memuliakan ciptaanNya itu. Meskipun dalam keraguan, namun Para Malaikat patuh akan perintah Allah SWT.

Allah SWT berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]

Ketika semua makhluk syurga sujud kepada keagungan Allah diatas penciptaanNya iaitu Nabi Adam a.s, Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah kerana merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam. Demikian halnya adalah disebabkan Iblis diciptakan dari unsur api sedangkan Adam hanyalah dari tanah dan lumpur. Kebanggaan dengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan tidak layak untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun telah diperintah oleh Allah SWT.

Cubalah fikirkan diri kita pula. Kita adalah hamba yang dicipta olehNya, dimuliakan sehingga para Malaikat patuh untuk sujud kepada Bapa kita Adam, tetapi mengapa pada saat ini ada diantara kita, merasa malas, suka bertangguh dan kadang kala tidak menghiraukan akan segala petunjuk dan perintah Allah untuk sujud dan beribadah kepadaNya. Jesteru mahukah kita juga tergolong dikalangan keluarga IBLIS yang sombong dan bongkak itu...???.......nauzubillah

Ketahuilah bahawasanya manusia walaupun telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental mereka tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Seperti mana yang telah terjadi pada diri Nabi Adam walaupun baginda telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Baginda telah lupa dan mengingkari perintah Allah kepadanya mengenai pohon terlarang itu dan mengenai Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.
Dan kita telah pun menerima peringatan itu bahwa IBLIS adalah musuh yang nyata buat kita, adakah masih lagi kita mahu bersekongkol dengan si IBLIS..???

Andai seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidakkah sepatutnya mereka berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan mereka sedar akan kesilapan dan bertaubat serta tidak akan mengulanginya . Rahmat Allah dan maghfirah-Nya dapat mencakupi segala dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya kecuali syirik sekalipun dosa besar asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan. Oleh itu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat...insyaallah

Sifat sombong dan bongkak selalu membawa kepada kerugian dan kebinasaan. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya sehingga hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga dia menganggap dan memandang rendah Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah SWT. Maka dari itu janganlah kita juga menjadi keluarga IBLIS yang sentiasa hidup dengan kesombongan dan keangkuhan yang mana akan membinasakan kita di DUNIA juga AKHIRAT......nauzubillah


Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri."
 (As-Sajadah: 15)
"Ya Allah Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggari perintah-Mu kerana terikut pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami....Ya Allah. Ampunilah kami Ya Allah...Ampunilah kami Ya Allah...aamin allahhumma aamin."

Wallahhu'alam

'Allah Kuasa Makhluk Tiada Kuasa'
* renung dan fikir-fikirkanlah....