Bismillahirrohmanirrohim..
Hidup nak cari REDHA Allah..
Bila memikirkan, dalam semua perkara yang kita lakukan – tidur, bangun, mandi, solat, makan, pergi kerja, belajar, berkawan, berjalan, pergi sana sini, rancang itu dan ini, beli itu beli ini dan berbagai lagilah yang kita lakukan sepanjang hidup ini..
Adakah pernahkah kita risau samada Allah redha atau tidak dengan apa yang kita buat selama ini. Samada kerja baik, kerja separa baik, atau kerja yang sikit saja unsur baik nya. Kerja yang buruk tak perlu kita bincangkan rasanya, sah-sah Allah tak redha. Jadi, agak-agak nya..adakah Allah redha dengan semua itu?
ingatlah..setiap yang ALLAH IZIN TAK BERMAKNA ALLAH REDHA.
Kalau tidak, maka tak akan wujud la orang-orang kufur dan maksiat. Tidak akan ada lah kes-kes rompak bank, mencuri basikal, menyiksa ayam dan binatang lain, dan pelbagai lagi jenayah-jenayah zalim. Namun, perkara-perkara ini tetap wujud, sebab Allah izinkan. Tapi, sudah tentulah Allah tak redha, kan?
Ada sebabnya kenapa Allah izinkan ia terjadi juga. Itu lah namanya hikmah, kan.
Maka berbalik kepada soal redha tadi, kita sepatutnya susah hati memikirkan soal ini. Bukan terlalu merisaukan keizinan Allah dalam melaksanakan sesuatu agenda kita lalu berdoa, bermunajat, tunaikan solat hajat segala dengan harapan Allah perkenankan lalu izinkan ia berlaku, sehingga terlepas pandang pada persoalan – adalah Allah redha kalau aku mahukan ini dan ini?
Kerana ya, kita wajib ingat, Allah memang Maha Adil dan Pemurah, siapa yang berusaha maka dia akan dapat. Man jadda, wajada. Termasuk lah usaha doa, dia akan dapat, Allah akan beri. Ambil contoh perompak-perompak yang bertahun merancang rapi satu rompakan besar di bank yang besar, dengan segala kelengkapan dan latihan yang mereka jalani, kalau benar pada kaedah nya Allah izinkan juga mereka peroleh tujuan itu. Tak begitu? Tetapi boleh jadi, satu perkara yang kita usahakan sehingga Allah izinkan itu adalah satu perkara yang di luar keredhaan Allah namun kita tak sedar.
Di sini lah kerugian yang maha dasyat nya, di sinilah kita sepatutnya risau benar-benar risau.
Sudahkah kita khuatiri, samada aktiviti seharian yang kita buat, sudah buat atau bakal buat nanti benar-benar diredhai Allah?
Bagi yang sedang belajar, nanti kita akan tamat belajar dan berkerja. Ada pula yang akan berkahwin dengan pilihan hati, ada yang merancang hendak memulakan perniagaan, ada yang merancang untuk berpindah menetap di sesebuah tempat, dan bermacam-macam lagi yang kita rancangkan dan usahakan – lalu kita berharap sangat Allah izinkan, tapi adakah kita sudah khuatiri samada Allah redha dengan keputusan itu?
Redha allah..
Kita sering menyebut ‘insyaallah’. Semua benda pun, insyaallah. Dimana ya, itu sangat bagus. Bukan bermakna tak elok menyebutnya pula. Cuma, kita sangat bimbang dan mengharapkan izin Allah untuk kita laksanakan sesuatu, kita mahukan sangat perkara itu berlaku sampai kita sangat berharap Allah izinkan, dan kita ‘sebut-sebutkan’ pula yang kita telah berusaha untuk nya. Tetapi, kita lupa hendak mengharapkan Allah redha. Kita lupa hendak ‘bertanya’ pada Allah, Dia redha atau tidak dengan kehendak kita ni?
Bila mendapat sesuatu yang kita mahukan, kita sebut alhamdulillah! itu sangat bagus. Haruslah, kan. Tapi, kita lupa untuk berhenti sejenak dan ‘bertanya’,
“Allah…kau redha kah dengan ini dan ini? Kau tak kisah?”
Saudara muslimin muslimat sekalian. Kita sering terlupa, redha Allah itu tersangat penting. Redha Dia lah yang melayakkan kita ke syurga, kerana tak seorang pun dari kita akan ke syurga kerana amal kita, sekalipun nabi sendiri. Pada masa kita tertunduk lemah di hadapan pengadilan Allah kelak, meski berbakul-bakul amal yang kita galas dan persembahkan, ia langsung tidak akan menjadi tiket untuk kita ke syurga kalau Allah tidak limpahkan rahmat dan redhaNya pada kita.
“Rasulullah bersabda, ‘Mirip-miripkanlah dan tepatkanlah. Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalian yang selamat kerana amalnya.’ Para sahabat bertanya, ‘Juga termasuk anda, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ‘Juga termasuk aku, kecuali jika Allah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya.”
[HR Muslim, Kitab: Iman 1/65 No. 38]
Amatlah menyedihkan dan merugikan andainya kita semua terlalu mengharapkan izin Allah sehingga lupa pada something yang paling penting yaitu Redha Nya dalam segala hal dan urusan.
Jadi marilah kita selepas ni, cakap baik-baik dengan Allah apabila kita mahukan sesuatu, bahawa kalau Dia redha sahaja maka izinkanlah. Kalau Dia tidak redha sepenuhnya maka tak usah lah. Kerana yang kita perlu kejar adalah bukan izin Nya, tapi izin DAN redha Nya.
Apalah guna kita dapat apa yang kita usahakan, kalau Allah tak redha. Ibarat seperti, apalah guna seorang pindah masuk rumah banglo yang besar di bandar, kalau emak di kampung sembunyikan terkilan dalam hatinya.
Semoga kita terpelihara. Semoga kita selalu sepanjang masa berusaha melakukan perkara yang berpeluang besar Allah akan redha. Dan ini boleh diukur dari sejauh mana kita mengikut syariat dan sejauh mana kita ikhlas hanya kerana Nya. Sentiasa lah merayu dan meminta padaNya supaya Dia redha sepenuhnya sambil Dia izinkan. Sentiasalah kita berhenti sejenak dan bertanya,
“Allah..kau redha kah dengan ini dan ini? Andai kau tak redha, jangan lha izinkan ya allah. Biar aku terkilan kerana tidak dapat apa yang aku mahukan, asalkan aku tidak terlepas walau sesaat di dunia ini tanpa redha mu..”
Arakian, insyaallah wa radhiallah, semoga kita semua kekal ikhlas dan terus tabah beramal.
“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.” Ar ra’d:22
Peringatan buat diri juga..insyaaAllah
Yang Baik itu dari Allah jua...