Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Rintihan seorang isteri

Bismillahirrohmanirrohim..
~ Al Kisah Rumah Tangga ~
“Awak dah kenapa sebenarnya?
Setiap hari mesti awak hantar gambar. Lepas tu suruh saya komen. Bila tak komen, awak merajuk..
“Kenapa, abang tak suka ke?”
“Rimaslah..tak payah hantar gambar pun takpe. Kita kan dah kahwin, abg balik rumah tengok gak awak.
Ni awak hantar gambar mcm2 pesen. mekap tebal, kening tebal, mekap gaya Korea, pas tu gaya rambut panjanglah, pendek, ikal mayang, kerinting, rebonding...aduhh laaa.
Dengan fesyen pakaian lagi, pastu dengan tudung belit tak belit, satin tak satin semua ada.
Apa halnya awak ni, Abg bukan ada mengurat sesiapa pun.”
Isterinya itu terus menangis. Dengan air mata berlinangan, dia berkata,
“Saya buat semua ini untuk abang. Untuk jaga mata abang.
Bukan saya tak tahu, abang di pejabat abang online Facebook, online Instagram, layan Twitter. Saya nampak status-status abang update. Saya nampak gambar-gambar yang abang like.
Abang memang tak mengurat. Tapi, abang tak jaga mata abang. Abang tengok gambar-gambar wanita gedik di media sosial. Abang cuci mata puas-puas seperti abang seorang bujang.
Jadi, saya belanjakan sebahagian duit gaji saya untuk berhias. Saya tak berhias di luar rumah, saya cuma pakai di dalam rumah. Abang suka tengok wanita pakai ketat-ketat, saya pun boleh pakai. Abang suka tengok wanita-wanita jual tudung, saya pun boleh gayakan tudung sebagaimana mereka. Abang suka yang melukis kening, saya pun boleh. Abang suka yang berkulit putih melepak, saya pun dah consume ubat kecantikan sampai dah jadi putih gebu untuk abang. Abang suka tengok yang berpurdah, saya berpurdah untuk abang.
Saya tak mampu nak suruh semua wanita di media sosial itu berhenti bergedik, berhenti berlumba menayangkan kecantikan masing-masing. Berhenti dari bertabarruj. Berhenti jadi cantik demi populariti dan hurungan mata lelaki.
Saya cuma mampu jaga suami sendiri. Mata suami saya.”
Cita-cita abang dulu sebelum nikah adalah untuk ke Jannah. Ada isteri solehah. Inilah yang saya cuba lakukan untuk abang. Saya tak dapat jadi isteri solehah bila saya biarkan saja suami sendiri menjamu mata dengan melihat yang haram.
Sedangkan dia ada yang halal. Ada yang sah.
Abang, saya tak mampu sentiasa cantikkan diri untuk abang. Suatu hari, saya akan menjadi wanita tua berusia. Kulit saya akan kusam dan berkedut. Hidung saya akan sedikit jatuh, kelopak mata akan layu.
Maka, lihatlah saya ketika saya masih mampu cantik untuk abang.
Dulu, abang pilih saya sebagai isteri dan abang kata sayalah yang paling cantik di mata abang.
Jika saya yang tercantik di mata abang, buktikan dengan setiakan mata abang pada yang satu ini.
Bila suatu hari nanti saya dah tak lagi terlihat cantik di mata abang, mohon ada sedikit ruang dalam mata hati abang untuk masih menghargai diri ini.
Pada saya sebagai seorang isteri, hanya suami sahajalah yang teristimewa di mata. Tiada lagi lelaki bang.”
Kalau perbuatan saya ni salah ampunkan saya bang, saya sayangkan abang dunia akhirat.."
Yang baik itu dari Allah jua..barakallah.
semoga bermanfaat..insyaaAllah.