Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Ramadhan Kembali Lagi

al mubarak


Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah swt kerana kini kita makin menghampiri bulanNya yang terlalu istimewa, iaitu Bulan Ramadhan AlMubarak. Dalam beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan ‘berpesta’ menyambut kedatangan bulan mulia yang dinanti2kan saban tahun. Benar, kita belum tentu lagi dapat bersama dengannya kali ini, kerana ajal dan maut, tiada siapa yang mengetahui, kecuali Allah. Namun, Ramadhan tetap akan menjengah jua (insyaAllah), maka rugilah sesiapa yang belum bersedia menerimanya…
.
Perhatikan firman Allah swt ini,
(يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al Baqarah :183) 


Renung-renungkan lah ‘Pohon Taqwa’ kita kini.

Sepanjang berpuasa sebulan Ramadhan yang lalu, sebaik mungkin bekalan telah kita kutip untuk kita harungi setahun sebelum datangnya lagi Ramadhan kali ini, apakah masih rimbun Pohon Taqwa kita? Apakan masih bisa orang ramai berteduh mengambil manafaat darinya, atau sudah habis keguguran dedaunan hijau dek kurangnya siraman amal dan bajaan ibadat kita selama setahun ini?

Apakah masih berbuah pohon taqwa kita tadi sehingga dapat berbakti kepada makhluk Allah yang lainnya, atau usahkan berbuah sebiji dua lagi, tapi berputik bunga pun tidak dek kelalaian kita menyuburkannya dengan akhlak yang mulia berserta iman yang mantap sepanjang tahun selepas Ramadhan yang lalu? Tiada siapa yang dapat menjawabnya, selain diri kita sendiri…Perhatikan lah ‘Pohon Taqwa’ kita masing-masing.

Bukankah ayat di atas menyatakan, natijah dari sebulan berpuasa dalan bulan Ramadhan yang penuh berkat itu adalah ketaqwaan kepada Allah swt.??? Lalu, bagaimanakah sebenarnya puasa kita dahulu, kalau kayu ukurnya adalah taqwa???

‘Pohon Taqwa’ kita tidak lain dan tidak bukan adalah amalan seharian kita, amal ibadat seharian kita serta tingkah laku pada akhlak kita selama ini. Sejauh mana kita menjaga halal dan haram ketetapan Allah, sejauh mana kita berhati-hati dalam menangani setiap syubhah dalam hidup kita, itulah taqwa. Hanyutkah kita dengan dunia yang fana ini, atau masih kuat berpaut pada realiti akhirat yang menjadi destinasi setiap diri?
Maka bersyukurlah, dan mohonlah pada Allah semoga masih dipanjang lagi umur kita agar bertemu dengan Ramadhan Karim, kerana Ramadhan adalah madrasah tarbiyah yang mendidik kita ke arah taqwa.
Perhatikan lagi penjelasan seterusnya mengenai Ramadhan.

……. شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
(Al Baqarah : 185)


Di mana istimewanya Ramadhan?
Ayat di atas menjelaskan kehebatan bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran yang menjadi sumber hidayah manusia dari dulu hingga akhirnya dunia. Tidak syak lagi, kehebatan Ramadhan terletak pada Mukjizat Agong Nabi Muhammad saw, yaini Al Quran itu sendiri.

Di dalam Al Quran terkandung perintah berpuasa yang punya seribu satu hikmah di sebaliknya, samada kepada fizikal, intellectual, emotional mahupun spiritual kita. Puasa yang mendidik kita supaya ikhlas seikhlasnya beramal hanya sa nya kepada Allah semata. Masakan tidak, hanya Allah yang benar-benar tahu puasa atau tidaknya kita, tidak seperti amal ibadat lain yang bisa dilihat oleh manusia lainnya.

Lailatul Qadr merupakan hadiah Allah yang khusus hanya dapat diperolehi dalam bulan Ramadhan. Dengan segala keistimewaanya Lailatul Qadr itu;

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤)
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ ( ٥
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)
(Al Qadr : 1-5)


Malam yang lebih baik dari seribu bulan, ketahuilah, yang dimaksudkan Lailatul Qadr itu adalah malam apabila Al Quran pertama kali diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia. bukankah semuanya berkait dengan Al Quran jua?

Maka, tambah eratkanlah diri kita dengan kitab suci Al Quran itu dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bacalah, pelajarilah dan hayatilah isi kandungannya, bukan setakat mengambil berkatnya Al Quran, tetapi yang lebih penting adalah hidayah yang datang bersamanya.

Di samping itu,dalam bulan Ramadhan juga terhimpunnya perintah untuk berpuasa, yang mana seperti dalam sebuah hadis Nabi saw,
“Semua amal anak Adam adalah baginya, melainkan puasa. Ianya untuk Ku, dan Aku akan mengganjarinya”

(Riwayat Bukhari)


Sudah terang lagi bersuluh, kelebihan ibadah puasa di sisi Allah swt. Bagi kita manusia, puasa sebagai penebus dosa, puasa sebagai ampunan dari Allah swt, dan akan juga menjadi syafaat buat kita di Padang Mahsyar nanti. Ayuh, berlumbalah kita mengejar kebaikan dari berpuasa di bulan Ramadhan seperti yang diwajibkan, selain melaksanakan ibadah2 lainnya dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Perbanyakkanlah doa dan munajat kita kepada Allah, supaya diberi kekuatan untuk melakukan yang terbaik, semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita.

Berikut, adalah beberapa tips yang boleh kita laksanakan dalam kita berusaha menjalani ibadah puasa kita dengan sebaik mungkin, mudah2an ianya tidak berlalu dengan sia-sia, insyaAllah.

Tips Ramadhan supaya tidak Sia-sia.
1. Uruskan masa
a. Gariskan objektif/target Ramadhan kita kali ini, cth:
* Bila atau berapa kali nak khatam Quran.
* Berapa hari nak iktikaf di masjid.
* Berapa banyak sedekah nak dibuat.
* Berapa kali nak jamu tamu berbuka puasa dan sebagainya….
b. Elakkan buat aktiviti lagha dan sia-sia seperti terlalu banyak menonton TV atau bersembang kosong.
Sebaliknya, perbanyakkan aktiviti berkualiti yang menambah pahala bersama dengan anak2 atau rakan
taulan.
c. Jangan banyak tidur, masak atau bershopping. Sedaya mungkin, ubah budaya Ramadhan sebelum ini
kepada yang lebih bermakna.Ajar anak2 supaya besederhana ketika berbuka dan sebagainya.
d. Manafaatkan waktu untuk Quran dan zikrullah. Perbanyakkan perkumpulan tadarus dari kalangan
keluarga dan rakan sekerja.

2. Kawal belanja kita.
a. Tanamkan azam untuk kurang belanja tapi lebih bersedekah di bulan Ramadhan.
b. Hadkan juadah berbuka dan bersahur secara ala kadar sahaja.
c. Elakkan dari membazir, tetapi perbanyakkan berjamu orang berbuka puasa.
3. Tingkatkan ilmu, rohani dan amal, kerana pahalanya sangat berganda.
a. Beramal dengan kefahaman akan lebih beerti dan bersemangat untuk dilaksanakan.
b. Perbanyakkan amalan2 sunat seperti solat dan zikrullah (termasuk baca Quran).
c. Banyakkan bersedekah dan beristigfar.
d. Perbanyakkan berdoa, kerana doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka adalah sangat mustajab.

4. Tingkatkan kualiti diri.
a. Hayati tuntutan ibadah yang sebenar. Khusyuk solat dan tadabbur ayat-ayat Al Quran.
b. Semai akhlak mulia hasil dari berpuasa, seperti sabar, amanah, pemaaf, jaga lidah dan banyak syukur.
c. Mujahadah untuk perbanyakkan qiam, tahan marah dan jaga pandangan.

5. Erat Silaturrahim
a. Antara suami isteri dan sanak keluarga serta jiran tetangga.
b. Hantar ucapan puasa maupun doa2.
c. Bertukar juadah (asal tidak membazir).
d. Jamu orang berbuka (terutama pada yang singles)
e. Ingati saudara2 yang tertindas dengan mendoakan mereka selalu.
f. Banyak bersedekah.

Mudah2an, dengan kesungguhan kita berusaha, dipermudahkan jua oleh Allah untuk kita. Sesungguhnya,
Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan bantuan serta taufiq dari Allah jua.

Aku dan Sahabat ( bicara nikmat )

Perbualan ku:

Farid => " aduh! celaka nyamuk...
Aku => " astarghfirullah !! tak baik kau maki nyamuk tu. Kau tahu tak nyamuk tu menyampaikan nikmat Allah pada engkau.
Farid => Nikmat apanya, sampai gatal, tangan aku ni
Aku => itulah nikmat Allah, bila rasa gatal kau pun garu, apa rasanya bila kau garu? Sedapkan...ha itulah nikmat Allah...
Farid => Ya Allah! ampunkan aku, kenapa aku tak terpikir kesitu...subhanallah
19 hours ago · ·


    • Ruslina Abdullah bagus dialog ni....besar pengajarannya..
      19 hours ago · · 1 person

    • Dul Raji ambil hikmahnya
      19 hours ago · · 3 people

    • Along Acet Sesungguhnya nikmat Allah itu luas, meskipun yang buruk ataupun baik...kita sebagai hamba nya redha dan bersyukur dengan apa jua pemberian Allah atas nikmat tersebut....
      19 hours ago · · 4 people

    • Biarlah Rahsia stiap ciptaan Allah ade kbaikannya... :)
      19 hours ago · · 2 people

    • Mamoru Chiba sentiasa berprasangka baik terhadap Allahhh...^_^
      19 hours ago · · 2 people

    • Along Acet syukran..Al-Quran selalu menyeru dan menyuruh kita agar memikirkan dan mengenali nikmat-nikmat Allah yang tidak terhingga, menghargainya, mengakui segala kurniaan kepada diri kita dan menunaikan segala kewajipan dengan mensyukuri dan memuji nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
      19 hours ago · · 6 people

    • Along Acet Alangkah bagusnya jika kita dapat meluangkan masa walaupun untuk seketika merenung dan berfikir kembali segala kurniaan nikmat yang diberi oleh Maha Pemurah itu kepada kita. Allah s.w.t. berfirman :
      “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. ( S. Ibrahim:34)

      19 hours ago · · 5 people

    • Nur'ain Sallehuddin ingat tu Mogortahazaman Waha
      19 hours ago · · 1 person

    • Along Acet
      kadang kala manusia itu sering terlupa bahawa nikmat adalah hadiah dan kurniaan Allah kepada kita. Begitulah perangai kita yang tidak ubah seperti kacang lupakan kulit. kebanyakan darinya tidak memberi pujian kepada yang lebih berhak di atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka walaupun nikmat itu sangat besar dan berharga.Sebaliknya segala kurniaan nikmat yang diberiNya banyak di kalangan kita menggunakannya ke arah keburukan dan membawa kepada menderhakaiNya. Kita tidak menyedari betapa bernilainya nikmat tersebut kepada kita dan setelah kehilangannya barulah ketika itu kita kembali kepada Allah SWT....

      19 hours ago · · 1 person

    • Nur'ain Sallehuddin btul tu along
      19 hours ago · · 1 person

    • Along Acet
      Dan Allah s.w.t. berfirman :


      ”Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah(datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian dari kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain). Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (An-Nahl: 53-55)

      19 hours ago · · 12 people

    • Blank On Java Subhanallah..
      17 hours ago · · 2 people

Jauhkanlah diri dari azab Neraka



Assalammualaikum,

Wahai saudaraku yang di RAHMATI Allah, semoga Allah SWT sentiasa mencurahkan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita, ketahuilah, bahwa Al Jannah (syurga) adalah tempat tinggal yang kekal, penuh dengan kenikmatan yang lazat yang tidak bisa dibandingkan dengan segala kenikmatan yang ada di dunia. Itulah negeri yang hanya bisa dicapai oleh orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Bagi yang tidak diizinkan memasukinya maka tiada tempat lagi baginya kecuali an naar (neraka).

Suatu tempat tinggal yang penuh dengan kengerian yang tidak bisa digambarkan dengan kengerian di dunia. Seburuk-buruknya tempat tinggal dan seburuk-buruknya tempat kembali. Itulah tempat tinggal yang bakal dihuni oleh orang-orang yang tidak mahu tunduk dan taat kepada Allah SWT dan itulah tempat kembali bagi orang-orang yangtidak mahu mengikut petunjuk Rasulullah SAW.

Bicara tentang negeri akhirat merupakan hal yang seharusnya difikirkan bagi orang-orang yang beriman tentang hari akhirat. Yang mana akan melembutkan hati, menundukkan pandangan, menitiskan air mata dan meredam hawa nafsu. Menjadikan sedikit ketawa dan keseronokkan. Mengingatkan tentang ajal (maut) yang datang secara tiba-tiba. Tidak membezakan tua dan muda. Sudahkah kita siap mempertanggungjawabkan segala amal perbuatan yang kita lakukan di hari kiamat kelak? Inilah sebuah pertanyaan yang besar. Sebuah pertanyaan yang mesti membutuhkan jawaban. Maka siapkanlah jawabannya sebelum nanti ditanya di hari kiamat kelak!!! Ya, Allah selamatkanlah kami dari pedihnya azab neraka!!!

Dari shahabat Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda:
"Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya kalian melihat apa yang aku lihat, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Para shahabat bertanya:"Apa yang engkau lihat ya Rasulullah ?" Baginda SAW menjawab: "Aku melihat Al Jannah dan An Naar."
 (HR. Muslim Kitab Solat no. 426)

Edisi kali ini akan menyajikan hal yang berkaitan dengan sifat-sifat An Naar. Dengan harapan dapat menambah rasa takut kita kepada Allah SWT. Mendorong kita untuk berlumba-lumba memperbanyakkan amal kebajikan. Tiada benteng yang mampu menahan dahsyatnya api neraka melainkan benteng dari amal kebajikan.

Luas An Naar
An Naar (neraka) memiliki kawasan yang amat luas, yang daya tampungnya tidak akan penuh meskipun dimasuki oleh orang-orang derhaka sejak zaman Nabi Adam A.S sampailah kepada hari kiamat. Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Pada hari itu Kami bertanya kepada Jahannam: Apakah kamu sudah penuh? Jahannam menjawab: "Masihkah ada tambahan?" (Qoof: 30)

Ayat di atas menggambarkan betapa luas dan besarnya Jahannam itu. Meskipun Jahannam dilempari dari seluruh jin dan manusia (yang derhaka) dari masa nabi Adam A.S sampai hari kiamat nanti, namun belum bisa memenuhinya.

Kedalaman An Naar
Rasulullah SAW menggambarkan tentang dalamnya An Naar dalam sebuah hadits dari shahabat Abu Hurairah r.a, beliau berkata:
"Kami pernah bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba kami mendengar sesuatu yang jatuh, lalu beliau bersabda: "Tahukah kalian apakah itu? Kami (para sahabat) menjawab:"Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."
Kemudian baginda SAW bersabda:
"Ini adalah sebuah batu yang dilemparkan dari atas An Naar sejak tujuh puluh tahun yang lalu, sekarang batu itu baru sampai di dasarnya."
  (HR. Muslim no. 2844)

Masyaa Allah, betapa dalamnya An Naar!?!, sebuah batu yang dilemparkan dari tepi jurang/bibir An Naar, baru sampai ke dasarnya setelah 70 puluh tahun lamanya. Maka, jarak kedalaman An Naar itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Pintu Jahannam
An Naar memiliki 7 pintu yang akan dilewati dari pintu-pintu tersebut oleh para penghuni neraka sesuai dengan kadar dosa dan maksiat yang mereka lakukan di dunia.
 Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka." (Al Hijr: 43-44)

Belenggu An Naar
Allah SWT juga menyediakan belenggu-belenggu yang sangat berat dan menyiksa. Sehingga para penghuni An Naar itu tidak bisa lari dan bersembunyi. Setiap dari mereka akan merasakan hukuman dan siksaan-Nya. Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Karena sesungguhnya pada sisi kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala." (Al Muzammil: 12)

"Dan kamu akan melihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama-sama dengan belenggu." (Ibrahim : 49)

Penjaga An Naar
Allah SWT juga telah menyiapkan pengawal yang siap sedia mengawasi dan menyiksa para penghuni An Naar. Allah SWT memilih pengawal itu dari kalangan malaikat.

 Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Dan tiada Kami jadikan penjaga An Naar melainkan dari malaikat."
  (Al Mudatstsir: 31)

Panas An Naar
Para pembaca yang semoga Allah SWT tetap melimpahkan rahmat-Nya kepada kita, bahawa An Naar (neraka) itu adalah suatu tempat tinggal yang memiliki daya panas yang dahsyat. Kadar terpanas yang ada di dunia itu belum seberapa dibanding dengan panasnya api neraka..
Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Maka, Kami akan memperingatkan kamu dengan An Naar yang menyala-nyala." (Al Lail : 14)

Bagaimana gambaran dahsyatnya api neraka yang telah Allah SWT sediakan itu? Hal itu telah digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan sahabat Abu Hurairah r.a:
"(Panasnya) api yang kalian (Bani Adam) nyalakan di dunia ini merupakan sebagian dari tujuh puluh bagian panasnya api neraka Jahannam." Para sahabat bertanya: "Demi Allah, apakah itu sudah cukup wahai Rasulullah SAW?" Baginda SAW bersabda: "(Belum)!, sesungguhnya panasnya sebagian yang satu melebihi sebagian yang lainnya sebanyak enam puluh kali lipat." (HR. Muslim no. 2843)

Api neraka itu juga melontarkan bunga-bunga api. Seberapa besar dan bagaimana warna bunga api tersebut? Allah SWT telah gambarkan hal tersebut dalam surat Al Mursalat: 32-33 (artinya):

"Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana. Seolah-olah seperti iringan unta yang kuning."
Berkata Asy Syaikh As Saa di dalam tafsir ayat ini:
"Sesungguhnya api neraka itu hitam mengerikan dan sangat panas."
  (Lihat Taisirul Karimir Rahman)

Bagaimana dengan suara api neraka itu?
Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Apabila An Naar melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar kegeramannya dan suara yang menyala-nyala." (Al Furqon : 12)

Berkata As Saâ di dalam tafsirnya:"Sebelum orang-orang penghuni sampai ke An Naar, dari jauh mereka sudah mendengar kengerian suaranya yang menggoncangkan dan menyempitkan hati, hampir-hampir seorang dari mereka mati karena ketakutan dengan suaranya. Sungguh api neraka itu murka kepada mereka karena kemurkaan Allah. Dan semakin bertambah murkanya disebabkan semakin besar kekufuran dan kederhakaan mereka kepada Allah. (Lihat Taisirul Karimir Rahman)

Lalu dari bahan bakar apakah yang dengannya AllahSWT menjadikan api neraka itu dahsyat dan bersuara yang mengerikan? Ketahuilah, untuk menunjukkan semakin ngerinya dan pedihnya siksaan di neraka, maka AllahSWT jadikan bahan bakar api neraka itu dari manusia dan batu. 
Allah SWTberfirman (maksudnya):
"Jagalah dirimu dari (lahapan api) neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir."(Al Baqarah: 24)
Makanan Dan Minuman Penghui An Naar
Apakah para penghuni jahannam juga mendapatkan hidangan makan dan minuman? Ya, tapi tidak seperti penjara di dunia yang masih menaruh belas kasih. Penjara di akhirat itu adalah tempat siksaan diatas siksaan dan kepedihan diatas kepedihan. Makanan dan minuman yang dihidangkan pun sebagai bentuk azab dan siksaan.

a. Makanan Yang Berduri

 Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan rasa lapar."
  (Al Ghasiyah: 6-7)

"Dan makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih."
(Al Muzammil: 13)

Ibnu Abbas r.a menjelaskan tentang ayat diatas bahawa;
"makanan yang menyumbat di kerongkongan" itu adalah duri yang nyangkut di kerongkongan yang tidak bisa masuk dan tidak pula keluar. Sehingga makanan itu hanya akan menambah kepedihan dan kesengsaraan."

b. Pohon Zaqqum
Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Sesungguhnya kalian wahai orang-orang yang sesat lagi mendustakan, kalian benar-benar akan memakan pohon zaqqum. Dan kalian akan memenuhi perutmu dengannya." (Al Waqi'ah: 51-53)

Apakah pohon zaqquum itu? Apakah pohon itu enak lagi lezat? Tentu tidak, justru pohon itu hanya akan menambah kepedihan dan kesengsaraan pula.
Allah SWT mensifati lebih lanjut tentang pohon zaqqum dalam ayat lainnya (artinya):
"Sesungguhnya dia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka jahim. Mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu. Maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum tersebut."(Ash Shaffat : 64-66)

Tatkala para penghuni neraka haus karena terbakar. Maka Allah SWT sudah siapkan hidangan minuman bagi mereka yang akan menambah pedih siksaan mereka. Minuman berupa nanah dan air panas yang dapat memotong usus-usus mereka. 
Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Kemudian sesudah makan buah pohon zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas."(Ash Shaffat: 67-68)

"dan mereka diberi minuman air yang mendidih sehingga memotong usus-usus mereka." (Muhammad: 15)

"Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah." ( An Nabaât : 24-25)

Pakaian Penghuni An Naar

 Mereka juga akan dikenakan pakaian. Tentu pakaian itu tidak dibuat untuk kenyamanan. Justru pakaian itu sengaja disiapkan untuk menambah kesengsaraan bagi para penghuni nereka. Allah SWT berfirman (maksudnya):

"Pakaian mereka adalah dari pelangkin (ter) dan muka mereka ditutup oleh api neraka."
(Ibrahim : 50)

"Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka"
 (Al Haj : 19)

Tempat Tidur Penghuni An NaarDemikian juga mereka telah disiapkan tempat tidur dan selimut. Yang sengaja dibuat untuk menambah kepedihan adzab bagi mereka.
 Allah SWT berfirman:
"Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka). Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang zhalim."
 (Al A'raf: 41)

Pembaca yang dimuliakan Allah, setelah kita mengetahui kengerian dahsyatnya azab neraka, maka banyak-banyaklah kita berdoâ, bertaubat dan beramal soleh. Karena Allah dengan rahmat-Nya hanya akan menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa kepada-Nya dan takut dari azab neraka. Yaitu dengan melaksakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi laranga-larangan-Nya.

"Ya Allah, tunjukilah kami ke dalam jalan-Mu yang lurus yang menghantarkan ke dalam Al Jannah (syurga) dan jauhkanlah kami dari jalan-jalan yang menghantarkan ke dalam api neraka."

Amiin, Ya Rabbal alamiin....

Moga bermanfaat buatku dan seluruhnya...insyaallah

*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA

Manusia itu sama......





 Assalammualaikum.....


Rambut sama hitam tapi hati lain2. Saya fikir kita dah terlalu biasa dengan
peribahasa ini. Dari zaman kanak-kanak lagi kita sudah didengarkan
kepadanya.  Benarkah begitu? Bukankah asalnya manusia itu satu?
Setiap dari kita asalnya dari Nabi Adam ra dan pasangannya iaitu Hawa. Satu
keturunan bukankah sepatutnya satu sifat?

Hakikatnya begitulah. Sifat manusia berbeza2 mengikut persekitaran,
kedudukan, pendidikan dan sebagainya. Ada yang kita temui sebagai orang
yang pemurah, baik hati, lemah lembut dan tak kurang juga yang bongkak,
bengis & keras. Begitulah kuasa Allah yang Maha Mencipta. Allah sengaja
menciptakan kepelbagaian sifat ini supaya manusia itu dapat mengenal,
menyelidik dan mengambil pelajaran dari sesama manusia.

Ada orang yang dikurniakan dengan kecantikan rupa paras. Maka berasa
sombonglah dia kepada mereka yang huduh rupanya. Juga dia akan berasa iri
hati kepada orang yang lebih cantik darinya atau yang lebih sering dipuji.
Pernahkah anda terjumpa situasi begini? Saya yakin pernah. Kita sendiri.
Kadangkala melihat orang yang selekeh, nak hampir pun kita rasa lain.
Pernah rakan saya kononnya hilang selera makan bila seorang pengemis lalu
di sebelahnya.

Ada juga orang yang dikurniakan dengan kemewahan. Maka jadilah dia orang
yang bongkak. Memandang rendah kepada mereka yang miskin manakala kepada
mereka yang lebih kaya darinya, dia akan berasa iri dan sentiasa ingin
menompokkan harta lebih dari orang tersebut. Orang miskin susah, itu dia
tak nak ambil peduli.

Manakala ada pula manusia yang tidak punyai apa2 dalam hidupnya. Tidak
cantik dan tidak pula berharta. Maka jadilah dia orang yang rendah diri.
Dalam kes yang lebih parah, dia mungkin menjadi orang yang cuba menyalahkan
nasib atau taqdir akan apa yang terjadi atas dirinya. Hingga terbit dari
hatinya dialah manusia paling malang. Hidupnya memang telah ditaqdirkan
malang. Hiduplah dia tanpa matlamat & tanpa perlu berjuang.

Ketiga2 jenis manusia ini mampu kita ketemui hampir setiap hari. Merekalah
contoh manusia yang hidup tanpa iman dan taqwa. Hidup mereka diisi dengan
perkara2 duniawi. Bagi mereka kejayaan sebenar adalah mencapai apa yang
mereka impikan. Katakan impian untuk memiliki harta yang tak terhabis
hingga 7 keturunan. Atau mungkin impian untuk memiliki wanita tercantik di
dunia. Atau apa saja.

Sedang manusia yang hidup dengan iman dan taqwa memiliki hampir segala2nya. Katakan seorang yang memiliki rupa paras yang menawan tapi
disertai pula dengan iman yang sejati. Rupa parasnya tidak mungkin membawa
kesan apa2 kepada dirinya. Kerana dia sedari cantiknya wajah hanya
seketika. Tatkala tua datang menjelma, kedut dan uban serata kepala, tiada
apa lagi yang boleh dibangga.

Manusia seperti ini yakin, eloknya rupa paras kita adalah pada ketika kita
dibangkitkan menghadap Allah Yang Maha Esa. Pada hari yang dijanjikan itu
nanti, orang2 yang beramal soleh akan dibangkitkan dengan wajah yang
berseri2. Malah dahi2 mereka akan bersinar sebagai tanda mereka orang yang
sujud di malam hari mencari keredhaan Allah. Alangkah berungtungnya jika
kita tergolong dalam golongan itu...

Manakala manusia yang dikurniakan dengan kekayaan yang disertai dengan iman
kepada Allah, nescaya kekayaan itu takkan menjadi kudis buatnya. Malah
hartanya akan menjadi alat untuk dia menghampirkan diri kepada Tuhan yang
Maha Kaya. Tidak akan dicemburuinya limpahan harta dari orang yang lain
kerana dia tahu segala apa yang ada di muka bumi ini milik Allah semata2.
Tidakkan kekal sebagaimana kekalnya syurga dan neraka.

Inilah manusia yang beruntung. Di hadapan Allah kelak, mereka boleh
berbangga dengan harta yang mereka belanjakan ke jalan Allah. Tangan dan
kakinya berebut2 untuk menjadi saksi akan kemurahan hatinya. Dan ketika
itulah mereka benar2 menjadi kaya. Harta mereka pada ketika itu adalah
amalan2 soleh yang telah mereka lalukan didunia ini. Berbahagialah mereka
dengan keredhaan Ilahi.

Dan sekiranya seorang itu dilahirkan tanpa apa2 di dunia, hanya sekeping
hati yang tebal imannya, sesungguhnya merekalah manusia yang paling
sempurna. Bukan sahaja di dunia bahkan juga nanti di sana. Hidup di dunia
mereka cukup lapang. Tanpa perlu memikirkan tentang harta. Tanpa perlu
membilang kedutan menjelang tua. Apa yang mereka tahu hanya memanjatkan
syukur ke hadrat Allah atas apa saja yang mereka miliki.

Inilah sifat yang Baginda Nabi saw anjurkan. Baginda sendiri amat2
mencintai orang2 miskin malah berdoa untuk hidup & mati bersama orang yang
miskin. Walaupun Baginda merupakan kepala negara, tapi Baginda lebih
gembira hidup tanpa harta. Malah Baginda pernah menyatakan bahawa orang2
miskin, yang meredhai apa yang mereka perolehi, akan memasuki syurga lebih
awal dari orang kaya dengan perbezaan 500 tahun dunia.

Tatkala di timbangan, mereka tak perlu di tanya dari mana datangnya harta
mereka. Mereka tak perlu gusar untuk ditanya kemana harta mereka
dibelanjakan. Itulah kelebihan orang yang redha kepada pemberian Ilahi.
Akan tetapi, begitu sukarnya untuk menjadi manusia yang redha. Cuba sekali
gaji kita masuk kurang atau terlewat. Allah... Kaluh kesah berbakul2.
Pening kepala memikirkan bagaimana duit boleh dipusingkan.

Tak bolehkah kita (terutama saya sendiri) redha dengan apa yang kita
terima? Bukankah itu hanya sebahagian dari ujian Allah? Mengapa begitu
sukar untuk kita terima apa yang telah Allah rancangkan untuk kita?
Mengapa? Mengapa kualiti iman kita tidak setaraf para sahabat dan para
tabien? Mengapa kita begitu seronok mengira wang gaji kita dan membilang
harta yang kita ada sehingga lalai kita punyai rumah yang satu lagi.

Pernah seorang sahabat, yang dalam rumahnya hanya ada tikar alas tidur,
ditanya mengapakah dia tidak memiliki sebarang harta dalam rumahnya. Tenang
sahabat tersebut menjawab "Aku simpannya untuk rumahku yang lagi satu."
Tahu di mana rumahnya itu? Di negeri syurga. Yang Allah ciptakan untuk
mereka yang Dia kasihi dan yang mengasihiNya. Mampukah kita mencapai taraf
tersebut?

Manusia memang berbeza. Warna kulit, warna rambut bahkan mungkin warna
hati. Tapi sesungguhnya kita semua di sisi Allah adalah sama. Hanya amal
soleh dan taqwa yang membezakan kita. Jangan ada antara kita yang cuba
membezakan manusia mengikut harta dan rupa. Belum tahu orang yang mulia di
dunia ini mulia di sana nanti. Mungkin si miskin yang kita benci
berkedudukan yang jauh lebih tinggi nanti.


 Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.........

ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA

Penghapus dosa



والمؤمن اذا فعل سيئة فان عقوبتها تندفع عنه بعشرة أسباب

Ibnu Taimiyyah mengatakan, “Jika seorang mukmin melakukan kemaksiatan maka hukuman akibat maksiat tersebut bisa tercegah dengan sepuluh sebab.

أن يتوب فيتوب الله عليه فان التائب من الذنب كمن لاذنب له

Pertama, mukmin tersebut bertaubat sehingga Allah menerima taubatnya karena sesungguhnya orang yang bertaubat dari suatu dosa itu bagaikan orang yang tidak pernah melakukannya.

او يستغفر فيغفرا له

Kedua, atau dia memohon ampun kepada Allah dengan lisannya sehingga Allah mengampuninya.

او يعمل حسنات تمحوها فان الحسنات يذهبن السيئات

Ketiga, atau dia melakukan amal kebajikan yang bisa menghapus kemaksiatannya karena sesungguhnya amal kebajikan itu menghapus dosa amal keburukan.

او يدعو له اخوانه المؤمنون ويستغفرون له حيا وميتا

Keempat, atau didoakan dan dimohonkan ampunan kepada Allah oleh saudaranya sesama orang beriman baik ketika dia masih hidup ataupun setelah meninggal dunia.

او يهدون له من ثواب أعمالهم ما ينفعه الله به

Kelima, atau mendapatkan pahala amal shalih yang dihadiahkan oleh orang-orang yang beriman kepadanya lalu Allah memberi manfaat kepadanya dengan sebab hadiah pahala amal shalih tersebut

او يشفع فيه نبيه محمد

Keenam, atau mendapatkan syafaat dari Nabi Muhammad.

او يبتليه الله تعالى فى الدينا بمصائب تكفر عنه

Ketujuh, atau Allah memberikan ujian kepadanya di dunia dengan berbagai macam musibah yang menjadi sebab terhapusnya dosanya.

او يبتليه فى البرزخ بالصعقة فيكفر بها عنه

Kedelapan, atau Allah mengujinya di alam Barzakh dengan siksaan kubur yang menjadi sebab terhapusnya dosa-dosanya.

او يبتليه فى عرصات القيامة من اهوالها بما يكفر عنه

Kesembilan, atau Allah mengujinya di padang Mahsyar dengan berbagai kengerian yang ada di sana yang hal ini menjadi sebab terhapusnya dosa-dosanya.

او يرحمه ارحم الراحمين

Kesepuluh, atau dia mendapatkan kasih sayang Allah.

فمن اخطأته هذه العشرة فلا يلومن الا نفسه

Siapa yang tidak mendapatkan satu pun dari sepuluh sebab pencegah hukuman atas dosa maka janganlah dia menyalahkan kecuali diri sendiri.

كما قال تعالى فيما يروى عنه رسول الله يا عبادى انما هى اعمالكم احصيها لكم ثم او فيكم اياها فمن وجد خيرا فليحمد الله ومن وجد غير ذلك فلا يلومن الا نفسه
مجموع الفتاوى – (10 / 46-45)

Sebagaimana firman Allah dalam hadits qudsi, “Wahai, hamba-hambaKu itulah amal perbuatan kalian yang kucatat untuk kalian lalu Kuberikan balasan. Siapa yang mendapatkan balasan kebaikan maka hendaknya dia memuji Allah. Sebaliknya siapa yang mendapatkan balasan yang lain maka janganlah dia menyalahkan kecuali dirinya sendiri” (Majmu Fatawa Ibnu Taimiyyah jilid 10 hal 45-46, cetakan standar).

Dosa Lidah



KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.

Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”