Assalammualaikum.....
Rambut sama hitam tapi hati lain2. Saya fikir kita dah terlalu biasa dengan
peribahasa ini. Dari zaman kanak-kanak lagi kita sudah didengarkan
kepadanya. Benarkah begitu? Bukankah asalnya manusia itu satu?
Setiap dari kita asalnya dari Nabi Adam ra dan pasangannya iaitu Hawa. Satu
keturunan bukankah sepatutnya satu sifat?
Hakikatnya begitulah. Sifat manusia berbeza2 mengikut persekitaran,
kedudukan, pendidikan dan sebagainya. Ada yang kita temui sebagai orang
yang pemurah, baik hati, lemah lembut dan tak kurang juga yang bongkak,
bengis & keras. Begitulah kuasa Allah yang Maha Mencipta. Allah sengaja
menciptakan kepelbagaian sifat ini supaya manusia itu dapat mengenal,
menyelidik dan mengambil pelajaran dari sesama manusia.
Ada orang yang dikurniakan dengan kecantikan rupa paras. Maka berasa
sombonglah dia kepada mereka yang huduh rupanya. Juga dia akan berasa iri
hati kepada orang yang lebih cantik darinya atau yang lebih sering dipuji.
Pernahkah anda terjumpa situasi begini? Saya yakin pernah. Kita sendiri.
Kadangkala melihat orang yang selekeh, nak hampir pun kita rasa lain.
Pernah rakan saya kononnya hilang selera makan bila seorang pengemis lalu
di sebelahnya.
Ada juga orang yang dikurniakan dengan kemewahan. Maka jadilah dia orang
yang bongkak. Memandang rendah kepada mereka yang miskin manakala kepada
mereka yang lebih kaya darinya, dia akan berasa iri dan sentiasa ingin
menompokkan harta lebih dari orang tersebut. Orang miskin susah, itu dia
tak nak ambil peduli.
Manakala ada pula manusia yang tidak punyai apa2 dalam hidupnya. Tidak
cantik dan tidak pula berharta. Maka jadilah dia orang yang rendah diri.
Dalam kes yang lebih parah, dia mungkin menjadi orang yang cuba menyalahkan
nasib atau taqdir akan apa yang terjadi atas dirinya. Hingga terbit dari
hatinya dialah manusia paling malang. Hidupnya memang telah ditaqdirkan
malang. Hiduplah dia tanpa matlamat & tanpa perlu berjuang.
Ketiga2 jenis manusia ini mampu kita ketemui hampir setiap hari. Merekalah
contoh manusia yang hidup tanpa iman dan taqwa. Hidup mereka diisi dengan
perkara2 duniawi. Bagi mereka kejayaan sebenar adalah mencapai apa yang
mereka impikan. Katakan impian untuk memiliki harta yang tak terhabis
hingga 7 keturunan. Atau mungkin impian untuk memiliki wanita tercantik di
dunia. Atau apa saja.
Sedang manusia yang hidup dengan iman dan taqwa memiliki hampir segala2nya. Katakan seorang yang memiliki rupa paras yang menawan tapi
disertai pula dengan iman yang sejati. Rupa parasnya tidak mungkin membawa
kesan apa2 kepada dirinya. Kerana dia sedari cantiknya wajah hanya
seketika. Tatkala tua datang menjelma, kedut dan uban serata kepala, tiada
apa lagi yang boleh dibangga.
Manusia seperti ini yakin, eloknya rupa paras kita adalah pada ketika kita
dibangkitkan menghadap Allah Yang Maha Esa. Pada hari yang dijanjikan itu
nanti, orang2 yang beramal soleh akan dibangkitkan dengan wajah yang
berseri2. Malah dahi2 mereka akan bersinar sebagai tanda mereka orang yang
sujud di malam hari mencari keredhaan Allah. Alangkah berungtungnya jika
kita tergolong dalam golongan itu...
Manakala manusia yang dikurniakan dengan kekayaan yang disertai dengan iman
kepada Allah, nescaya kekayaan itu takkan menjadi kudis buatnya. Malah
hartanya akan menjadi alat untuk dia menghampirkan diri kepada Tuhan yang
Maha Kaya. Tidak akan dicemburuinya limpahan harta dari orang yang lain
kerana dia tahu segala apa yang ada di muka bumi ini milik Allah semata2.
Tidakkan kekal sebagaimana kekalnya syurga dan neraka.
Inilah manusia yang beruntung. Di hadapan Allah kelak, mereka boleh
berbangga dengan harta yang mereka belanjakan ke jalan Allah. Tangan dan
kakinya berebut2 untuk menjadi saksi akan kemurahan hatinya. Dan ketika
itulah mereka benar2 menjadi kaya. Harta mereka pada ketika itu adalah
amalan2 soleh yang telah mereka lalukan didunia ini. Berbahagialah mereka
dengan keredhaan Ilahi.
Dan sekiranya seorang itu dilahirkan tanpa apa2 di dunia, hanya sekeping
hati yang tebal imannya, sesungguhnya merekalah manusia yang paling
sempurna. Bukan sahaja di dunia bahkan juga nanti di sana. Hidup di dunia
mereka cukup lapang. Tanpa perlu memikirkan tentang harta. Tanpa perlu
membilang kedutan menjelang tua. Apa yang mereka tahu hanya memanjatkan
syukur ke hadrat Allah atas apa saja yang mereka miliki.
Inilah sifat yang Baginda Nabi saw anjurkan. Baginda sendiri amat2
mencintai orang2 miskin malah berdoa untuk hidup & mati bersama orang yang
miskin. Walaupun Baginda merupakan kepala negara, tapi Baginda lebih
gembira hidup tanpa harta. Malah Baginda pernah menyatakan bahawa orang2
miskin, yang meredhai apa yang mereka perolehi, akan memasuki syurga lebih
awal dari orang kaya dengan perbezaan 500 tahun dunia.
Tatkala di timbangan, mereka tak perlu di tanya dari mana datangnya harta
mereka. Mereka tak perlu gusar untuk ditanya kemana harta mereka
dibelanjakan. Itulah kelebihan orang yang redha kepada pemberian Ilahi.
Akan tetapi, begitu sukarnya untuk menjadi manusia yang redha. Cuba sekali
gaji kita masuk kurang atau terlewat. Allah... Kaluh kesah berbakul2.
Pening kepala memikirkan bagaimana duit boleh dipusingkan.
Tak bolehkah kita (terutama saya sendiri) redha dengan apa yang kita
terima? Bukankah itu hanya sebahagian dari ujian Allah? Mengapa begitu
sukar untuk kita terima apa yang telah Allah rancangkan untuk kita?
Mengapa? Mengapa kualiti iman kita tidak setaraf para sahabat dan para
tabien? Mengapa kita begitu seronok mengira wang gaji kita dan membilang
harta yang kita ada sehingga lalai kita punyai rumah yang satu lagi.
Pernah seorang sahabat, yang dalam rumahnya hanya ada tikar alas tidur,
ditanya mengapakah dia tidak memiliki sebarang harta dalam rumahnya. Tenang
sahabat tersebut menjawab "Aku simpannya untuk rumahku yang lagi satu."
Tahu di mana rumahnya itu? Di negeri syurga. Yang Allah ciptakan untuk
mereka yang Dia kasihi dan yang mengasihiNya. Mampukah kita mencapai taraf
tersebut?
Manusia memang berbeza. Warna kulit, warna rambut bahkan mungkin warna
hati. Tapi sesungguhnya kita semua di sisi Allah adalah sama. Hanya amal
soleh dan taqwa yang membezakan kita. Jangan ada antara kita yang cuba
membezakan manusia mengikut harta dan rupa. Belum tahu orang yang mulia di
dunia ini mulia di sana nanti. Mungkin si miskin yang kita benci
berkedudukan yang jauh lebih tinggi nanti.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.........
ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA