Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Ya Rasulullah, Berbahagialah


Berbahagialah dan tenanglah jasadmu
Selepas berpuluh-puluh tahun berdakwah
Dan menanggung penat serta keletihan demi kesejahteraan ummatmu


Dan pasti berbahagialah Engkau ya Rasulullah
Yang pernah mengikat perut dengan batu
Menahan lapar demi kesejahteraan ummatmu


Berbahagialah engkau, Rasulullah yang pernah dipatahkan gerahamnya
Dan dilemparkan batu padamu demi kesejahteraan ummatmu

Serta pasti berbahagialah jasadmu di sana
Yang pernah merasa sakit
Kerna dimasukkan sesuatu ke dalam pipinya kerana ummatmu


Dan pasti berbahagialah engkau Ya Habibillah
Yang pernah terluka dahinya
Lalu engkau menahan darah suci yang keluar itu
Untuk tidak jatuh ke atas tanah
Demi untuk rahmat dan bukan kemurkaan kepada ummatmu

Kerana apabila darah itu jatuh sebagai kemurkaan
Maka binasalah ummatnya pada masa itu juga
Sebaliknya, sebuah senyuman telah engkau sedekahkan


Dan sungguh berbahagialah engkau, seorang Kekasih
Yang bengkak kakinya akibat pengabdian diri
Beribadat dan bermunajat
Di sepertiga malam
Menghadap Tuan Punya Dunia untuk kesejahteraan ummatmu

Wahai Rasulullah, baiknya engkau kepada ummatmu!

Tenanglah jasadmu di sisi Kekasihmu
Yang menanggung kesusahan,
Kepayahan, kesakitan
Kedinginan, keperitan dan kelaparan
Demi ummatmu di akhir zaman


Kami tahu, sekian lama engkau meninggalkan kami
Engkau masih hidup dan masih hidup di sisi Kekasihmu
Maka, saksikanlah penyaksian kami Ya Habiballah!