Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Perjalanan Rasulullah SAW ke Masjidil Aqsa

                                            


Rasulullah Solallahu A’laihi Wasalam telah ditemani oleh Jibrail A.S sepanjang perjalanan ke Masjidil Aqsa menaiki seekor binatang bernama Buraq. Di dalam perjalanan itu, Malaikat Jibrail A.S meminta Nabi untuk berhenti di beberapa tempat untuk menunaikan solat dua rakaat. Iaitu di Madinah (tempat Nabi berhijrah), Bukit Tursina (tempat Nabi Musa menerima wahyu Allah), dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa A.S dilahirkan).

Selepas mengerjakan solat 2 rakaat, Nabi dikejar oleh I’frit dengan membawa obor. Namun kelajuan Buraq yang sepantas kilat dapat mengelak dari dikejar oleh jin itu dan Ifrit jatuh tersungkur apabila Nabi membaca doa yang diajar oleh Jibrail A.S. Tamsilan dari peristiwa itu ialah usaha dakwah pasti akan didatangi dengan ujian dan tentangan. Namun jika kita tetap tabah dengan ujian itu, kejayaan pasti akan bertandang.

Di sepanjang perjalanan itu..

Nabi didatangi dengan perempuan cantik namun Nabi tidak mengendahkannya. Perumpamaan perempuan cantik itu ialah Nasrani dan Yahudi yang akan menyesatkan umat akhir zaman dengan kemewahan dunia  dan ramai di kalangan umat yang akan terjerumus dalam kemewahan dunia itu.

Nabi menjumpai seorang perempuan yang sangat tua dan bertongkat. Perempuan itu berkata kepada Nabi, “Aku adalah dunia, lihatlah betapa tuanya aku sekarang. Usiaku akan habis tidak lama lagi”. Ketika itu usia bumi tersangat tua. Sekarang? Sama-sama kita fikirkan.

Nabi melihat segolongan manusia yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Berulang-ulang kali menanam dan terus dituai. Nabi bertanya kepada Jibrail apakah maksud golongan ini. Jibrail menjawab, “Merekalah golongan yang berjihad di jalan Allah. Allah akan menggandakan pahala sebanyak 700 kali (malahan lebih) kepada mereka di akhirat nanti”.

Nabi mencium bau yang sungguh harum. Apabila ditanya kepada Jibrail, katanya “Itulah bau kubur Masyitah yang telah dibunuh oleh Firaun kerana mempertahankan imannya kepada Allah”.

Nabi melihat satu golongan yang menghantukkan kepala sehingga pecah, berulang-ulang kali. Jibrail memberitahu kepada Nabi, itulah gambaran umatnya yang tidak mahu sujud kepada Allah (tidak menunaikan solat).

Nabi melihat sekumpulan lelaki dan wanita yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain (bercawat). Mereka diberi makan bara api dari neraka. Mereka ini adalah mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan berkira-kira semasa hendak mengeluarkan zakat.

Nabi melihat seekor lembu yang keluar dari lubang yang kecil, tetapi mahu masuk ke dalam lubang itu semula. Gambaran dari lembu itu ialah golongan yang bercakap takbur dan menyesal tetapi sudah terlambat. “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Nabi melihat seorang lelaki yang memikul kayu di bahunya, tetapi mahu menambah lagi kayu di bahunya. Perumpamaan seorang yang gila kuasa. Sudah ada tanggungjawab tetapi mahu menambahnya padahal tidak mampu menggalas tanggungjawab itu.

Nabi melihat golongan yang diberi sepinggan daging yang segar dan sepinggan daging yang busuk, lalu dimakan daging yang busuk itu. Perumpamaan ini khas buat golongan yang berzina padahal sudah memiliki suami/isteri yang baik.

Nabi melihat golongan yang muncungnya seperti UNTA, lalu memakan bebola api dan bebola api itu keluar dari duburnya. Mereka ini ialah golongan yang memakan harta anak yatim.

Nabi melihat golongan yang menggunting lidah dan bibir mereka berulang-ulang kali. Mereka ini adalah pemidato yang berkata dusta dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk kepentingan peribadi.

Nabi melihat satu golongan yang berperut buncit (luar biasa) dan tidak mampu bangun. Mereka ini adalah golongan yang memakan riba’ ketika di dunia.

Nabi melihat satu golongan yang mencakar mukanya dengan kuku tembaga mereka. Golongan ini adalah perumpamaan golongan yang mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain.

Sampai sahaja di Masjidil Haram, Rasulullah mengimamkan solat dengan segala para anbia’ menjadi makmumnya. Selepas itu, Nabi terasa dahaga dan diberi dua gelas minuman yang satu adalah arak dan satu lagi adalah susu. Lalu Baginda memilih susu. Jibrail berkata, “Rasulullah membuat pilihan yang tempat (fitrah), jika Rasulullah memilih arak, nescaya ramai umatmu yang akan sesat”.


wallahhu'alam