Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Pemotong pokok dan iblis




Ada seorang lelaki soleh di Bani Israel yang selalu sibuk menyembah Allah. Sekumpulan orang datang kepadanya dan mengatakan kepadanya bahawa suku kaum berhampiran menyembah pokok. Berita itu membuatkan dia marah , lalu dengan sebuah kapak di bahunya ia pergi untuk menebang pokok itu.Dalam perjalanan, dia bertemu Iblis yang menyerupai seorang tua dan bertanya kemana dia hendak pergi. Dia mengatakan dia hendak memotong sebatang pokok . Iblis berkata, "Kau tak perlu peduli dengan pokok ini, ada lebih baik kau fikirkan ibadah kau dan jangan melakukan demi sesuatu yang bukan perhatian kau." "Ini juga satu ibadah," balas lelaki tersebut.

Kemudian Iblis berusaha mencegah dia dari memotong pokok tersebut, dan berlaku pergaduhan antara keduanya, di mana lelaki tersebut dapat mengalahkan syaitan. Apabila dirinya benar-benar tak berdaya, Iblis memohon untuk dibebaskan, dan ketika lelaki tersebut melepaskannya, ia kembali berkata, "Allah belum mengutuskan pemotongan pokok ini wajib pada kau. Kau tidak akan kehilangan apapun jika kau tidak memotongnya. Jika Allah mahukan pokok ini dipotng, Allah bisa saja lakukan melalui salah satu dari sekian banyak nabi. " lelaki itu tetap berkeras hendak memotong pokok itu. Berlaku lagi perkelahian antara mereka berdua dan lelaki itu dapat mengalahkan syaitan. "Baiklah dengarkan," kata Iblis, "Aku mencadangkan suatu penyelesaian yang akan menguntungkan engkau." lelaki tersebut bersetuju, dan Iblis berkata, "Engkau adalah orang miskin, beban hanya di bumi ini. Jika engkau tinggalkan pokok ini, aku akan membayar tiga syiling emas kepada engkau setiap hari dan setiap hari kau akan menemui di bawah bantal tidur engkau .. Dan wang itu, kau boleh memenuhi segala keperluan engkau, boleh membantu yang memerlukan, dan melakukan banyak hal-hal soleh yang lain. 

Pemotongan pokok akhirnya bersetuju dan ia menerimanya. Ia menemukan wang itu dua hari berturut-turut, tetapi pada hari ketiga tiada apa-apa. Dia marah, lalu mengambil kapaknya dan pergi untuk memotong pokok tersebut. Iblis menyamar sebagai seorang tua bertemu lagi dengannya dan bertanya kepadanya kemana tujuan lelaki itu "Aku hendak memotong pokok," teriak lelaki tersebut. "Aku tidak akan membiarkan engkau melakukannya," kata Iblis. Perkelahian berlaku lagi antara mereka, tapi kali ini Iblis berada di atas angin dan mengalahkan lelaki tersebut. Lelaki itu terkejut akan kekalahan sendiri, dan bertanya penyebab kejayaan si Iblis.  Lalu Iblis menjawab, "Pada awalnya, kemarahan engkau  itu murni untuk mendapatkan kesenangan Allah, dan kerana itu Allah SWT membantu engkau untuk mengalahkan saya, tetapi sekarang setelah engkau marah demi syiling emas itu maka itulah sebabnya kekuatan engkau hilang."


Pengajaran;
" Janganlah kita bersikap tamak, sombong dan angkuh...sesungguhnya sesiapa yang bersikap begitu adalah sahabat syaitan laknatullah.......wallahu'alam


Sumber: Dari buku "Ihyaa-ul Ulum Ud Deen" oleh Imam Ghazali (ra).