Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Tidur



Tidur membatalkan wudhuk berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Mata adalah pengikat punggung (dubur). Maka sesiapa tidur, hendaklah ia mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ali r.a.).

Menurut mazhab Syafi’ie dan juga Abu Hanifah, tidur yang membatalkan wudhuk ialah tidur nyenyak yang tidak tetap kedudukannya. Adapun tidur yang tetap kedudukannya, maka ia tidak membatalkan wudhuk. Yang dikatakan tidur yang tetap kedudukan ialah tidur sambil duduk dalam keadaan punggung rapat ke tanah (tidak beralih ke kanan atau ke kiri). Mereka berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang bercerita; “Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tatkala sedang menunggu untuk menunaikan solat Isyak mereka tertidur sambil duduk.



 Kemudian (apabila masuk waktu Isyak) mereka menunaikan solat tanpa mereka mengambil wudhuk (terlebih dahulu)” (Riwayat Imam Syafi’ie, Abu Daud, Muslim dan at-Tirmizi). Bagi ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan juga Abu Hanifah, bukan semata-mata tidur itu yang membatalkan wudhuk, akan tetapi kebimbangan akan keluarnya sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur) ketika tidur itu. Tidur yang tetap kedudukan tidak ada kebimbangan akan keluarnya sesuatu dari qubul atau dubur kerana papan punggung rapat ke tanah. Oleh itu, ia tidak membatalkan wudhuk. Adapun tidur yang tidak tetap kedudukannya, kebimbangan itu ada. Oleh itu, ia membatalkan wudhuk.

Ulamak-ulamak mazhab Malik dan Hanbali pula berpendapat; tidur yang nyenyak (yang tidak sedarkan diri) keseluruhannya membatalkan wudhuk sama ada tetap kedudukannya atau tidak. Ini kerana bagi mereka, tidur itu sendiri menjadi faktor yang membatalkan wudhuk. Asalkan wujudnya tidur dan tidur itu nenyak, maka batallah wudhuk sama ada sambil duduk, berbaring atau melentang.