Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Mencari bekal sebelum memulakan perjalanan yang panjang..


Wahai hamba yang sedang berjalan menuju Tuhan, sungguh ‘matahari umur’ telah tampak nyata di ufuk barat, dan sebentar lagi, malaikat maut akan memanggilmu. Maka sebentar lagi engkau akan berpindah  dari ‘rumah amal’ menuju ‘rumah pembalasan’.
Sesungguhnya sekarang ini yang ada untuk kita kerjakan adalah amal perbuatan, dan esok yang ada tinggalah perhitungan yakni hisab, tidak ada lagi amal. Maka engkau adalah orang yang merdeka jika engkau mahu berbuat yang terbaik untuk akhiratmu di saat-saat akhir kehidupanmu. Dan hendaklah engkau mencari bekal yang sebanyak-banyaknya dalam ‘rumah amal-mu’ sebelum datangnya ajal.
Dan hendaklah bekalmu itu adalah hal-hal berikut:
  1. Bertaubat dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuhah), yang dengannya engkau akan kembali menghadap Tuhanmu.  Yang dengannya belenggu-belenggu syahwat menjadi pecah berkeping-keping dari dirimu, yang bersamanya pula akan menjadi terkubur darimu penyebab-penyebab kematian su’ul khatimah, iaitu suka menengelamkan diri dalam dosa maksiat, serta terpautnya hati kepada selain ALLAH
  2. Berdoa kepada ALLAH dalam setiap solat dengan doa, “Ya ALLAH yang Maha membolak-balik hati, teguhkanlah hatiku dalam agamaMU”
  3. Bergaul dengan orang-orang yang soleh, yang mana mereka dapat membantu anda  untuk tetap teguh berada di jalan istiqamah dan terhindar dari segala fitnah.
w/hu’alam
share>> http://shadiqahmujahidah.wordpress.com/