Ayatul Kursi
Mahfum ayat:
"Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar."
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Subhanallah...
Rukun 13 ( Rahsia dalam Solat )
Assalammualaikum...........
Tahukah oleh kita bahawa solat itu mempunyai rahsia kelebihannya.....Subhanallah.
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Surah Al-Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Semoga bemanfaat.....insyaallah
Wassalam
Pengertian Maal Hijrah
.......السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rasanya ramai yang tidak tahu dan keliru dengan Sambutan Maal Hijrah. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Cumanya tahun berlaku peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w ditandakan sebagai permulaan kiraan kalendar Islam yakni sebagai tahun pertama kalendar Islam. Manakala bulan Muharram pula dipilih sebagai bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ini bermakna, bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru.
Sila baca fakta-fakta di bawah untuk memahami dengan lebih jelas asal-usul bagaimana bermulanya perkiraan kalendar Hijrah.
1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina Umar membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun Masihi. Maka, telah berlaku salah faham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
3. Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalendar umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam. Namun ditolak oleh Saidina Umar. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
4. Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Saidina Umar r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
5. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
Kata Muhammad bin Sirin : Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama.
(al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalendar Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
6. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam.
7. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
8. Jelas bulan Muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya, baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.
9. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan doa khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.
wallahhualam...........
sumber... Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Hal-hal yang tidak harus dilakukan
Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri.
Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita.
Hilang bahagia.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.
Hukum Membuat dan Menggantung Gambar
Assalammualaikum.....
Berkenaan dengan larangan membuat atau menggantung (menayangkan) gambar-gambar dari lukisan atau yang seumpamanya adalah dapat diperhatikan dengan baik daripada banyak hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih. Berikut dibawakan sebahagian daripadanya berserta beberapa fatwa ulama berkenaan dengannya.
Ancaman Kepada Pembuat/Pelukis Gambar:
Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir). (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)
Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan, “Nabi saw melarang mengambil duit jual beli anjing dan darah, melarang kerja-kerja membuat tatoo dan mentatoo diri, melarang menerima atau memberi riba, dan juga mencela pembuat gambar”.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 299)
Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah saw melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah saw berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah saw berkata, “Pembuat gambar ini akan di-azab pada hari kiamat.” Rasulullah saw menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)
Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, “Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)
Gambar Yang Dilarang Adalah Gambar Berupa Makhluk Bernyawa:
... Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah saw berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)
Malaikat Rahmat Tidak Akan Memasuki Rumah Yang Mengandungi (Menayangkan/Memaparkan) Gambar
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)
“Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)
‘Aisyah menyatakan bahawa Jibril (‘alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah (s.a.w.) untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, “Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji”. Kemudian nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, “Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini?” Dan beliau (‘Aisyah) menjawab, “Demi Allah, saya tidak tahu.” Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, “Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, “Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar”.”
(Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau berkata, “Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar; termasuklah gambar (nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah saw berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338)
Daripada Aisyah, Nabi menyatakan: “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.”

Dalam hadis yang lain, patung/boneka juga menjadi faktor bahawa malaikat tidak memasuki rumah,
Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, “Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) berkata: “Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung”.”
(Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250)
Perkataan Para Ulama Berkenaan Gambar
Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Atsqalani mengatakan:
“Kata al-Khaththabi: dan gambar yang menghalangi masuknya malaikat ke dalam rumah adalah gambar yang padanya terpenuhi hal-hal yang haram, yakni gambar-gambar berupa makhluk yang bernyawa, yang tidak terpotong kepalanya atau tidak dihinakan. Dan bahawasanya dosa tukang gambar itu besar kerana gambar-gambar itu ada yang di-ibadahi selain ALLAH, selain itu gambar tersebut mudah menimbulkan fitnah (bahaya) bagi yang memandangnya (gambar wanita, tokoh, ulama, red).” (Dinukil dari Majalah Salafy, Edisi V/Zulhijjah/1416/1996. Judul asli - Fatwa Ulama tentang Hukum Gambar, oleh Syaikh Abdullah Bin Abdul Aziz bin Baz, mufti Saudi Arabia)
Imam an-Nawawi mengatakan dalam kitabnya, Syarah Sahih Muslim:
“Sahabat kami dan para Ulama selain mereka mengatakan bahawa haramnya membuat gambar haiwan adalah sekeras-keras pengharamaan. Ini termasuk dosa besar kerana ancamannya juga amat besar, sama saja apakah ia dibuat untuk dihinakan atau tidak. Bahkan membuatnya jelas sekali haram kerana meniru ciptaan ALLAH. Sama saja apakah itu dilukis pada pakaian, permadani, mata wang, bejana, dinding atau lainnya. Adapun menggambar pepohonan dan sesuatu yang tidak bernyawa, tidak mengapa. Inilah hakikat hukum membuat gambar. Sedangkan gambar makhluk bernyawa, jika digantung/ditampal di dinding, di serban dan tindakan yang tidak termasuk menghinakannya, maka jelas hal itu terlarang. Sebaliknya bila dibentangkan dan dipijak sebagai alas kaki atau sebagai sandaran (setelah dipotong kepalanya, ed.) maka tidaklah haram dan tidak ada bezanya adakah gambar yang tersebut berjasad (mempunyai bayangan atau 3 dimensi) atau tidak. Ini adalah kesimpulan mazhab kami dalam masalah ini yang semakna dengan perkataan jumhur Ulama dari kalangan para Sahabat, Tabi’in, dan orang yang sesudah mereka (Tabi’ut Tabi’in). Ini juga pendapat Imam ats-Tsauri, Malik Bin Anas dan Abu Hanifah serta ulama lainnya.
Pertikaian & Pencerahan
Dari Aisyah Radiyallahu ‘anha (r.anha) ia berkata:
“Saya biasa bermain boneka (anak patung) di sisi Nabi SAW dan saya mempunyai beberapa orang teman yang bermain bersama saya. Maka jika Rasulullah saw masuk, mereka menutupinya dari beliau lalu berjalan sembunyi-sembunyi dan bermain bersama saya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab al-Adab Bab al-Inbisaath ilaa an-Naas, Fath 10/526 dan Muslim kitab Fadhail ash-Shahabah Bab fii Fadhail Aisyah, an-Nawawi, 15/203 dan 204)
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari tentang hadis ini, “Hadis ini dijadikan dalil bolehnya boneka dan mainan untuk bermain (mendidik) anak perempuan, dan sebagai pengkhususan dari keumuman larangan mengambil gambar. Iyadl juga menetapkan yang demikian dan ia menukil dari jumhur, bahawasanya mereka membolehkan boneka atau mainan ini untuk melatih dan mendidik anak-anak perempuan agar mengenal bagaimana mengatur rumah-tangga dan merawat anak-anak nantinya. Dan sebahagian ulama menyatakan hadis ini telah mansukh (telah dibatalkan). Ibnu Bathal cenderung pada pendapat ini dan ia menceritakan dari Abi Zaid dari Malik. Tetapi dari sini pula ad-Daudy merajihkan bahawa hadis Aisyah (di atas) mansukh. Sedang Ibnu Hibban dan Nasa’i membolehkan namun tidak membatasi untuk anak-anak kecil walaupun padanya ada perbincangan.
Al-Baihaqi mengatakan setelah mentakhrij hadis-hadis tersebut: Telah tsabit (tetap) larangan tentang mengambil gambar. Maka kemungkinan rukhsah bagi Aisyah terjadi sebelum datangnya pengharaman. Ibnul Jauzi menetapkan yang demikian juga, sehingga beliau berkata: “Dan Abu Dawud dan an-Nasa’i dari sisi lain dari Aisyah (ia berkata): Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam datang dari perang Tabuk (Khaibar) {lalu menyebut hadis beliau mengoyakkan tirai yang tergantung di pintunya} Kemudian Aisyah melanjutkan, lalu beliau menyingkap sisi tirai di atas mainan Aisyah dan Beliau bersabda: “Apa ini hai Aisyah?”. Saya menjawab:”Boneka perempuan saya”. Beliau melihat kuda-kudaan bersayap yang dalam keadaan terikat, lalu bersabda: “Apakah ini?” Saya katakan: “Kuda bersayap dua. Tidakkah Anda mendengar bahawa Sulaiman a.s mempunyai kuda yang bersayap? Beliau pun tertawa.”.
Al-Khathabi berkata: Dalam hadis ini menunjukkan mainan untuk anak-anak perempuan tidaklah seperti semua gambar yang datang ancaman, hanya saja beliau memberikan keringanan bagi Aisyah kerana pada waktu itu Aisyah belum dewasa.”
Al-Hafiz berkata: Penetapan dengan dalil ini ada perbincangan, akan tetapi kemungkinannya adalah kerana Aisyah waktu peristiwa perang Khaibar berusia 14 tahun dan waktu peristiwa perang Tabuk sudah baligh. Dengan demikian, ini menguatkan riwayat yang mengatakan hal itu terjadi pada peristiwa Khaibar dan mengumpulkannya dengan pendapat al-Khathabi.
Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Bazz, “Oleh kerana itu, jika hal ini telah difahami, maka meninggalkan gambar-gambar (boneka) itu adalah lebih selamat kerana padanya ada perkara yang meragukan. Mungkin penetapan Rasulullah SAW bagi Aisyah itu sebelum munculnya perintah beliau untuk menghapus gambar-gambar. Dengan begitu hadis Aisyah ini menjadi mansukh dengan datangnya larangan dan perintah penghapusan gambar itu, kecuali yang terpotong kepalanya atau dihinakan, sebagaimana mazhab al-Baihaqi, Ibnul Jauzi dan Ibnu Bathal. Dan mungkin juga ini dikhususkan dari pelarangan itu (sebagaimana pendapat jumhur) untuk kemaslahatan pendidikan. Ini kerana permainan itu merupakan bentuk penghinaan atas gambar (boneka). Jadi, dengan kemungkinan ini maka lebih baik untuk meninggalkannya, sebagaimana pengamalan sabda Rasulullah SAW dari al-Hasan bin Ali bin Abu Thalib Radiyallahu ‘anhu (r.a):
”Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada yang tidak meragukanmu.”
(Hadis Riwayat Ahmad, 1/200. Disahihkan oleh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Musnad, 3/169. ath-Thayalisi, m.s. 163, no. 1178 dan al-Albani mensahihkannya dalam Jamius Shaghir, no. 3372 dan 3373)
Demikian juga dalam hadis berikut ini dari Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu secara marfu’,
“Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka siapa yang menjaga diri dari syubhat, maka dia telah membersihkan Dien (agama) dan kehormatannya. Dan barang siapa yang jatuh kepada yang haram, seperti penggembala sedang menggembalakan ternaknya di sekitar tempat yang di pagar (terlarang), hampir-hampir ia terjatuh padanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mencari Ketenangan Jiwa
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM
Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)
Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah SWT.
Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.
Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah SWT yang tafsirnya :
“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)
Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala.
Firman Allah SWT tafsirnya :
“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
(Surah Yunus: 6)
Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )
Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka.
Firman Allah SWT yang tafsirnya:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
(Surah Al-Zumar: 23)
FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
(Surah Al-Anfaal: 2)
Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :
“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.
(Surah Al-Hajj: 35)
Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah SWT.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)
Selembut Lidah
Daripada Mu'az bin Jabal r.a., telah berkata : saya
berkata:
Duhai Rasulullah ! Tunjukkanlah aku suatu amalan yang
bisa memasukkan aku kedalam syurga dan menjauhkan aku
dari neraka.
Nabi menjawab:
Sebenarnya engkau telah bertanya sesuatu yang besar
(berat). Akan tetapi ia adalah mudah sekali bagi
sesiapa yang dimudahkan Allah Ta'ala iaitu:
HENDAKLAH ENGKAU MENYEMBAH ALLAH DAN TIDAK
MENYEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU YANG LAIN.
ENGKAU MENDIRIKAN SEMBAHYANG, MENGELUARKAN ZAKAT,
BERPUASA SEBULAN RAMADHAN DAN MENGERJAKAN HAJI KE
BAITULLAH.
Sesudah itu baginda berujar lagi:
HENDAKKAH ENGKAU, AKU TUNJUKKAN PINTU-PINTU KEBAIKAN ?
PUASA ITU ADALAH BENTENG DAN SEDEKAH MEMADAMKAN
KESALAHAN (DOSA) LAKSANA AIR YANG MEMADAMKAN API.
DEMIKIAN PULA SEMBAHYANG SESEORANG ITU PADA
TENGAHMALAM. KEMUDIAN BAGINDA MEMBACA (AYAT)
tatajaafaa junuubuhum 'anil-madhaaji'i HINGGA ya'
maluun.
Kemudian baginda berujar pula:
MAHUKAH ENGKAU, AKU BERITAHUKAN TENTANG POKOK AMALAN,
TIANGNYA DAN KEMUNCAKNYA ?
Aku menjawab: Mahu, duhai Rasulullah.
Baginda berkata:
POKOK AMALAN IALAH ISLAM, TIANGNYA IALAH SEMBAHYANG,
DAN KEMUNCAKNYA IALAH JIHAD.
Kemudian baginda berujar lagi:
MAHUKAH ENGKAU, AKU BERITAHUKAN TENTANG KUNCI SEMUA
PERKARA INI ?
Aku menjawab: Mahu, duhai Rasulullah.
Baginda lalu memegang lidahnya seraya berkata:
AWAS, JAGALAH INI BAIK-BAIK !
Aku pun berkata pula:
Duhai Nabiullah, apakah kami akan dituntut atas
tutur-bicara kami ?
Baginda lalu menjawab:
MOGA-MOGA ALLAH PELIHARAKAN ENGKAU. TIADA LAIN YANG
AKAN MENJERUMUSKAN MANUSIA MENERUSI MUKA ATAU BATANG
HIDUNGNYA KEDALAM NERAKA, MELAINKAN TUTUR-BICARANYA
SENDIRI. ( Di-riwayat oleh Imam Termizi )
HURAIANNYA:
* 5 perkara - Menyembah Allah, sembahyang, berzakat,
berpuasa dan naik haji (bila cukup syaratnya) adalah
wajib (mesti) pada setiap Muslim.
* Bersedekah dan amalan sunat - menambahkan pahala
semoga dirahmati dan dikasihi Allah.
* Memelihara lisan (lidah) dari berkata-kata perkara
yang tidak perlu atau tidak baik. Berhati-hatilah
ketika bercakap, biarlah semuanya yang baik-baik yang
boleh mendatangkan faedah kepada orang ramai.
Rasul juga ada bersabda bermaksud: jangan banyak
bercakap yang tidak membawa zikir kpd Allah, kerana
bercakap tanpa zikir kpd Allah itu mengeraskan hati,
dan org yang paling jauh di sisi Allah ialah org yang
berhati keras..
Tutup Aurat atau Bungkus Aurat ???
Terdahulu selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak untuk semua muslimin dan muslimat.
Solat adalah ibadat dan boleh pahala. Puasa adalah ibadat dan boleh pahala. Makan minum pun jadi ibadat dan boleh pahala SEKIRANYA dilaksanakan mengikut syariat/peraturan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Begitulah juga dalam soal berpakaian.
Maafkan aku wahai muslimahku sekiranya apa yang hendak dikongsikan ini menyinggung persaanmu. Semoga apa yang akan dibicarakan ini akan mendatangkan manafaat dan menjadi keberkatan buat semua muslimin dan muslimat dibulan yang mulia ini hendaknya...insyaallah.
Firman Allah SWT mafhumnya "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) ALLAH adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [AL-AHZAB;59]
Dan FirmanNya lagi; "Wahai anak-anak Adam! Sesungguh-nya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)". [AL-A’RAF; 26]
MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Cara yang sebenar menutup aurat adalah dengan mengenakan pakaian yang labuh dan tidak menonjolkan susuk tubuh itu sendiri melainkan telapak tangan dan juga wajahnya. Namun apa yang berlaku dikala ini, tidak ramai muslimah yang berpakaian begitu. Memang benar mereka bertudung, tetapi tidak mengikut cara dan kehendak islam itu sendiri, malahan terikut-ikut budaya fesyen yang dibawa oleh kaum Yahudi itu sendiri....nauzubillah
Kebanyakannya bertudung tetapi memakai pakaian yang ketat-ketat hingga menampakkan susuk tubuh yang seharusnya tidak patut ditonjolkan. Wanita berpakaian ketat dihadapan mahramnya (kerabat si wanita yang haram menikahinya) dan dihadapan wanita lain saja tidak boleh. Apalagi di hadapan lelaki lain.Masalah wanita berpakaian ketat ini ada penegasan dari Rasulullah SAW,
Sabdanya;"pemakainya tak akan masuk syurga, bahkan mencium bau syurga juga tidak.”Dua golongan termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihat mereka; satu kaum (penguasa) yang membawa cambuk (besar) seperti ekor sapi,dengannya mereka memukuli manusia; dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, menggoda dan menyimpang, kepala mereka seperti punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati aromanya, padahal aromanya bisa didapat dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim)
Kalau begitulah keadaannya, sebenarnya wanita Muslim itu belum lagi menutup aurat yang sempurna. Dia baru nak berjinak-jinak dengan agama sepertimana muallaf yang berjinak dengan agama. Setengah orang kata, dia tidak serius, dia tidak ikhlas, dia tidak jujur, atau dia tidak faham cara memakai tudung dan menutup aurat yang betul dalam Islam. Ringkasnya ia masih jahil dalam bab menutup aurat. Bagi yang sudah tahu tetapi masih berkeras tidak mahu memakai tudung dengan cara yang betul, maka ia masih engkar pada Allah SWT.
Hari ini apabila ramai wanita mahu memakai tudung, maka pereka fesyen dan peniaga mengambil kesempatan merekabentuk fesyen supaya pemakainya boleh memilih pelbagai rupa bentuk fesyen tudung. Pereka fesyen dan peniaga mencari keuntungan di atas permintaan dan trend wanita Islam memakai tudung tanpa mengira samada rekaan fesyennya atau jualan tudung itu memenuhi syarat pakaian tudung dalam Islam.
Akhirnya direka dan dijuallah tudung tiga segi yang pendek dan kontot hingga tidak dapat menutup dada dan ketulan daging tubuh wanita. Adakah pereka dan penjual akan terlepas dari hukum Tuhan kerana menyedia dan menjual tudung seperti itu?
Apa pun, manusia ada nafsu. Kadang nafsu mengatasi iman dan akal. Itu urusan dia dengan Allah.
Kalau iman dan taqwa tinggi, ia akan tunduk pada peraturan cara memakai tudung yang betul dan menutup aurat dengan sempurna.
Kalau tepuk dada tanya selera, maka ia akan utamakan nafsu. Kalau tepuk dada tanya iman, dia tidak banyak cakap, tidak banyak berkira, tidak banyak kompromi lagi. Dia tahu dia hanyalah salah satu ciptaan Allah, dan dia akan kembali kepada Allah dan berhadapan dengan Allah serta menjawab pelbagai soalan mengenai auratnya.
Sesungguhnya manusia itu terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Oleh yang demikian, fikirkanlah wahai muslimahku, kembalilah kepada apa yang dperintahkan oleh Allah SWT semoga kita tidak akan disesatkan oleh syaitan. Allah SWT berfirman mafhumnya;
"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman." [ AL-A’RAF; 27]
Katakanlah: "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami." [ AT-TAUBAH; 81]
Bersabarlah bila berpakaian cara Islam. Panas di dunia hanya sementara.Setiap yang Allah perintahkan itu ada hikmah dan ganjarannya. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik buat kita semua....
amin yarabbal 'alamin.
ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA
Apa kah kaum HAWA itu jahat ?
Dalam buku Nahjul Balaghah karangan Amirul-Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a terdapat suatu keterangan:
“Wanita itu jahat dalam segalanya. Dan yang paling jahat dari dirinya ialah kita tidak dapat terlepas daripadanya.”Apakah erti yang sebenarnya (maksud) dari kalimat tersebut? Apakah hal itu sesuai dengan pandangan Islam terhadap wanita?
Ada dua hal yang nyata kebenarannya, tetapi harus dijelaskan lebih dahulu, iaitu:
Pertama, yang menjadi pegangan atau dasar dari masalah-masalah agama ialah firman Allah swt. dan sabda Nabi saw, selain dari dua ini, setiap orang kata-katanya boleh diambil dan ditinggalkan. Maka, Al-Qur’an dan As-Sunnah, kedua-duanya adalah sumber yang kuat dan benar.
Kedua, sebagaimana telah diketahui oleh para analis dan cendekiawan Muslim, bahawa semua tulisan yang ada pada buku tersebut di atas (Nahjul Balaghah), baik yang berupa dalil-dalil atau alasan-alasan yang dikemukakan, tidak semuanya tepat. Diantara hal-hal yang ada pada buku itu ialah tidak menggambarkan masa mahupun fikiran serta cara di zaman Ali r.a.
Oleh sebab itu, tidak dapat dijadikan dalil dan tidak dapat dianggap benar, kerana semua kata-kata dalam buku itu tidak ditulis oleh Al-Imam Ali r.a.
Di dalam penetapan ilmu agama, setiap ucapan atau kata-kata dari seseorang, tidak dapat dibenarkan, kecuali disertai dalil yang shahih dan bersambung, yang bersih dari kekurangan atau aib dan kelemahan kalimatnya.
Maka, kata-kata itu tidak dapat disebut sebagai ucapan Ali r.a. kerana tidak bersambung dan tidak mempunyai sanad yang shahih. Sekalipun kata-kata tersebut mempunyai sanad yang shahih, bersambung, riwayatnya adil dan benar, maka wajib ditolak, kerana hal itu bertentangan dengan dalil-dalil dan hukum Islam. Alasan ini terpakai di dalam segala hal (kata-kata) atau fatwa, walaupun sanadnya seterang matahari.
Mustahil bagi Al-Imam Ali r.a. mengatakan hal itu, dimana beliau sering membaca ayat-ayat Al-Qur’an, di antaranya adalah:
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang, yang kemudian darinya Allah lantas menciptakan isterinya, dari keduanya Allah mengembang biak kan laki-laki dan wanita yang banyak …” (Q.s. An-Nisa’: 1)
“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan firman-Nya): ‘Bahawa sesungguhnya Aku tiada mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki mahupun wanita, (kerana) sebahagian darimu adalah keturunan dari sebahagian yang lain …” (Q.s. Ali Imran: 195).
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Allah menjadikannya diantara kamu rasa kasih dan sayang …” (Q.s. Ar-Ruum: 21).
Masih banyak lagi di antara ayat-ayat suci Al-Qur’an yang mengangkat dan memuji darjat kaum wanita, disamping kaum laki-laki. Sebagaimana Nabi saw. bersabda:
“Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi laki-laki ialah wanita solehah, kediaman yang baik dan kenderaan yang baik pula.” (H.r. Ahmad dengan sanad yang shahih).
“Di dunia ini mengandungi kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatan itu adalah wanita yang solehah.” (H.r. Imam Muslim, Nasa’i dan Ibnu Majah).
“Barangsiapa yang dikurniai oleh Allah wanita yang solehah, maka dia telah dibantu dalam sebahagian agamanya; maka bertakwalah pula kepada Allah dalam sisanya yang sebahagian.”
Banyak lagi hadis-hadis dari Nabi saw. yang memuji wanita; maka mustahil bahawa Ali r.a. berkata sebagaimana di atas.
Sifat wanita itu berbeza dengan sifat laki-laki dari segi fitrah; kedua-duanya dapat menerima kebaikan, kejahatan, hidayah. kesesatan dan sebagainya.
Firman Allah swt. dalam Al-Qur’an,
“Jiwa dan penyempurnaannya (ciptaannya); maka Allah mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (Q.s. Asy-Syams: 7-10)
Mengenai fitnah yang ada pada wanita disamping fitnah yang ada pada harta dan anak-anak, dimana hal itu telah diterangkan di dalam Al-Qur’an dan dianjurkan supaya mereka waspada dan menjaga diri dari fitnah tersebut.
Dalam sabda Rasulullah saw. diterangkan mengenai fitnahnya kaum wanita, iaitu seperti berikut,
“Setelah aku tiada, tidak ada fitnah yang paling besar gangguannya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (H.r. Bukhari).
Erti dari hadis di atas menunjukkan bahawa wanita itu bukan jahat, tetapi mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia, yang di kuatirkan lupa pada kewajipannya, lupa kepada Allah dan terhadap agama.
Selain masalah wanita, Al-Qur’an juga mengingatkan manusia mengenai fitnah yang disebabkan dari harta dan anak-anak.
Allah swt. berfirman dalam Al-Qur’an:
“Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah fitnah (cubaan bagimu); dan pada sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Q.s. At-Taghaabun: 15)
“Hai orang-orang yang beriman!Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian’ maka mereka termasuk orang-orang yang merugi.” (Q.s. Al-Munaafiquun: 9).
Selain dari itu (wanita, anak-anak dan harta yang dapat mendatangkan fitnah), harta juga sebagai sesuatu yang baik.
Firman Allah swt.:
“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri dan menjadikan bagimu dan isteri-isterimu itu, anak-anak dan cucu; dan memberimu rezeki dari harta yang baik-baik …” (Q.s. An-Nahl: 72)
Oleh kerana itu, dianjurkannya untuk waspada dari fitnah kaum wanita, fitnah harta dan anak-anak, hal itu bukan bererti kesemuanya bersifat jahat, tetapi demi mencegah timbulnya fitnah yang dapat melalaikan kewajipan-kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah swt.
Allah swt. tidak mungkin menciptakan suatu kejahatan, kemudian dijadikannya sebagai suatu keperluan dan keharusan bagi setiap makhluk-Nya.
Makna yang tersirat dari suatu kejahatan itu adalah suatu bahagian yang amat sensitif, realitinya menjadi lazim bagi kebaikan secara mutlak. Segala bentuk kebaikan dan kejahatan itu berada di tangan (kekuasaan) Allah swt.
Oleh sebab itu, Allah memberikan bimbingan bagi kaum laki-laki untuk menjaga dirinya dari bahaya dan fitnah yang dapat disebabkan dan mudah dipengaruhi oleh hal-hal tersebut.
Diwajibkanjuga bagi kaum wanita, agar waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang diupayakan oleh musuh-musuh Islam untuk menjadikan kaum wanita sebagai sarana perosak budi pekerti, akhlak yang luhur dan bernilai suci.
Wajib bagi para wanita Muslimat kembali pada kudratnya sebagai wanita yang soleh, wanita hakiki, isteri solehah, dan sebagai ibu teladan bagi rumahtangga, agama dan negara.
Sumber: Fatwa Qardhawi – Permasaalahan, Pemecahan dan Hikmah
ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA
Ramadhan Kembali Lagi
.
Perhatikan firman Allah swt ini,
(يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al Baqarah :183)
Renung-renungkan lah ‘Pohon Taqwa’ kita kini.
Sepanjang berpuasa sebulan Ramadhan yang lalu, sebaik mungkin bekalan telah kita kutip untuk kita harungi setahun sebelum datangnya lagi Ramadhan kali ini, apakah masih rimbun Pohon Taqwa kita? Apakan masih bisa orang ramai berteduh mengambil manafaat darinya, atau sudah habis keguguran dedaunan hijau dek kurangnya siraman amal dan bajaan ibadat kita selama setahun ini?
Apakah masih berbuah pohon taqwa kita tadi sehingga dapat berbakti kepada makhluk Allah yang lainnya, atau usahkan berbuah sebiji dua lagi, tapi berputik bunga pun tidak dek kelalaian kita menyuburkannya dengan akhlak yang mulia berserta iman yang mantap sepanjang tahun selepas Ramadhan yang lalu? Tiada siapa yang dapat menjawabnya, selain diri kita sendiri…Perhatikan lah ‘Pohon Taqwa’ kita masing-masing.
Bukankah ayat di atas menyatakan, natijah dari sebulan berpuasa dalan bulan Ramadhan yang penuh berkat itu adalah ketaqwaan kepada Allah swt.??? Lalu, bagaimanakah sebenarnya puasa kita dahulu, kalau kayu ukurnya adalah taqwa???
‘Pohon Taqwa’ kita tidak lain dan tidak bukan adalah amalan seharian kita, amal ibadat seharian kita serta tingkah laku pada akhlak kita selama ini. Sejauh mana kita menjaga halal dan haram ketetapan Allah, sejauh mana kita berhati-hati dalam menangani setiap syubhah dalam hidup kita, itulah taqwa. Hanyutkah kita dengan dunia yang fana ini, atau masih kuat berpaut pada realiti akhirat yang menjadi destinasi setiap diri?
Maka bersyukurlah, dan mohonlah pada Allah semoga masih dipanjang lagi umur kita agar bertemu dengan Ramadhan Karim, kerana Ramadhan adalah madrasah tarbiyah yang mendidik kita ke arah taqwa.
Perhatikan lagi penjelasan seterusnya mengenai Ramadhan.
……. شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
(Al Baqarah : 185)
Di mana istimewanya Ramadhan?
Ayat di atas menjelaskan kehebatan bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran yang menjadi sumber hidayah manusia dari dulu hingga akhirnya dunia. Tidak syak lagi, kehebatan Ramadhan terletak pada Mukjizat Agong Nabi Muhammad saw, yaini Al Quran itu sendiri.
Di dalam Al Quran terkandung perintah berpuasa yang punya seribu satu hikmah di sebaliknya, samada kepada fizikal, intellectual, emotional mahupun spiritual kita. Puasa yang mendidik kita supaya ikhlas seikhlasnya beramal hanya sa nya kepada Allah semata. Masakan tidak, hanya Allah yang benar-benar tahu puasa atau tidaknya kita, tidak seperti amal ibadat lain yang bisa dilihat oleh manusia lainnya.
Lailatul Qadr merupakan hadiah Allah yang khusus hanya dapat diperolehi dalam bulan Ramadhan. Dengan segala keistimewaanya Lailatul Qadr itu;
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤)
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ ( ٥
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)
(Al Qadr : 1-5)
Malam yang lebih baik dari seribu bulan, ketahuilah, yang dimaksudkan Lailatul Qadr itu adalah malam apabila Al Quran pertama kali diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia. bukankah semuanya berkait dengan Al Quran jua?
Maka, tambah eratkanlah diri kita dengan kitab suci Al Quran itu dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bacalah, pelajarilah dan hayatilah isi kandungannya, bukan setakat mengambil berkatnya Al Quran, tetapi yang lebih penting adalah hidayah yang datang bersamanya.
Di samping itu,dalam bulan Ramadhan juga terhimpunnya perintah untuk berpuasa, yang mana seperti dalam sebuah hadis Nabi saw,
“Semua amal anak Adam adalah baginya, melainkan puasa. Ianya untuk Ku, dan Aku akan mengganjarinya”
(Riwayat Bukhari)
Sudah terang lagi bersuluh, kelebihan ibadah puasa di sisi Allah swt. Bagi kita manusia, puasa sebagai penebus dosa, puasa sebagai ampunan dari Allah swt, dan akan juga menjadi syafaat buat kita di Padang Mahsyar nanti. Ayuh, berlumbalah kita mengejar kebaikan dari berpuasa di bulan Ramadhan seperti yang diwajibkan, selain melaksanakan ibadah2 lainnya dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Perbanyakkanlah doa dan munajat kita kepada Allah, supaya diberi kekuatan untuk melakukan yang terbaik, semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita.
Berikut, adalah beberapa tips yang boleh kita laksanakan dalam kita berusaha menjalani ibadah puasa kita dengan sebaik mungkin, mudah2an ianya tidak berlalu dengan sia-sia, insyaAllah.
Tips Ramadhan supaya tidak Sia-sia.
1. Uruskan masa
a. Gariskan objektif/target Ramadhan kita kali ini, cth:
* Bila atau berapa kali nak khatam Quran.
* Berapa hari nak iktikaf di masjid.
* Berapa banyak sedekah nak dibuat.
* Berapa kali nak jamu tamu berbuka puasa dan sebagainya….
b. Elakkan buat aktiviti lagha dan sia-sia seperti terlalu banyak menonton TV atau bersembang kosong.
Sebaliknya, perbanyakkan aktiviti berkualiti yang menambah pahala bersama dengan anak2 atau rakan
taulan.
c. Jangan banyak tidur, masak atau bershopping. Sedaya mungkin, ubah budaya Ramadhan sebelum ini
kepada yang lebih bermakna.Ajar anak2 supaya besederhana ketika berbuka dan sebagainya.
d. Manafaatkan waktu untuk Quran dan zikrullah. Perbanyakkan perkumpulan tadarus dari kalangan
keluarga dan rakan sekerja.
2. Kawal belanja kita.
a. Tanamkan azam untuk kurang belanja tapi lebih bersedekah di bulan Ramadhan.
b. Hadkan juadah berbuka dan bersahur secara ala kadar sahaja.
c. Elakkan dari membazir, tetapi perbanyakkan berjamu orang berbuka puasa.
3. Tingkatkan ilmu, rohani dan amal, kerana pahalanya sangat berganda.
a. Beramal dengan kefahaman akan lebih beerti dan bersemangat untuk dilaksanakan.
b. Perbanyakkan amalan2 sunat seperti solat dan zikrullah (termasuk baca Quran).
c. Banyakkan bersedekah dan beristigfar.
d. Perbanyakkan berdoa, kerana doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka adalah sangat mustajab.
4. Tingkatkan kualiti diri.
a. Hayati tuntutan ibadah yang sebenar. Khusyuk solat dan tadabbur ayat-ayat Al Quran.
b. Semai akhlak mulia hasil dari berpuasa, seperti sabar, amanah, pemaaf, jaga lidah dan banyak syukur.
c. Mujahadah untuk perbanyakkan qiam, tahan marah dan jaga pandangan.
5. Erat Silaturrahim
a. Antara suami isteri dan sanak keluarga serta jiran tetangga.
b. Hantar ucapan puasa maupun doa2.
c. Bertukar juadah (asal tidak membazir).
d. Jamu orang berbuka (terutama pada yang singles)
e. Ingati saudara2 yang tertindas dengan mendoakan mereka selalu.
f. Banyak bersedekah.
Mudah2an, dengan kesungguhan kita berusaha, dipermudahkan jua oleh Allah untuk kita. Sesungguhnya,
Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan bantuan serta taufiq dari Allah jua.
Aku dan Sahabat ( bicara nikmat )
Perbualan ku:
Farid => " aduh! celaka nyamuk...
Aku => " astarghfirullah !! tak baik kau maki nyamuk tu. Kau tahu tak nyamuk tu menyampaikan nikmat Allah pada engkau.
Farid => Nikmat apanya, sampai gatal, tangan aku ni
Aku => itulah nikmat Allah, bila rasa gatal kau pun garu, apa rasanya bila kau garu? Sedapkan...ha itulah nikmat Allah...
Farid => Ya Allah! ampunkan aku, kenapa aku tak terpikir kesitu...subhanallah
19 hours ago · ·
Along Acet Sesungguhnya nikmat Allah itu luas, meskipun yang buruk ataupun baik...kita sebagai hamba nya redha dan bersyukur dengan apa jua pemberian Allah atas nikmat tersebut....
19 hours ago · · 4 people
Along Acet syukran..Al-Quran selalu menyeru dan menyuruh kita agar memikirkan dan mengenali nikmat-nikmat Allah yang tidak terhingga, menghargainya, mengakui segala kurniaan kepada diri kita dan menunaikan segala kewajipan dengan mensyukuri dan memuji nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
19 hours ago · · 6 people
Along Acet Alangkah bagusnya jika kita dapat meluangkan masa walaupun untuk seketika merenung dan berfikir kembali segala kurniaan nikmat yang diberi oleh Maha Pemurah itu kepada kita. Allah s.w.t. berfirman :
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. ( S. Ibrahim:34)
19 hours ago · · 5 people
Along Acet
kadang kala manusia itu sering terlupa bahawa nikmat adalah hadiah dan kurniaan Allah kepada kita. Begitulah perangai kita yang tidak ubah seperti kacang lupakan kulit. kebanyakan darinya tidak memberi pujian kepada yang lebih berhak di atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka walaupun nikmat itu sangat besar dan berharga.Sebaliknya segala kurniaan nikmat yang diberiNya banyak di kalangan kita menggunakannya ke arah keburukan dan membawa kepada menderhakaiNya. Kita tidak menyedari betapa bernilainya nikmat tersebut kepada kita dan setelah kehilangannya barulah ketika itu kita kembali kepada Allah SWT....
19 hours ago · · 1 person
Along Acet
Dan Allah s.w.t. berfirman :
”Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah(datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian dari kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain). Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (An-Nahl: 53-55)
19 hours ago · · 12 people
Jauhkanlah diri dari azab Neraka
Wahai saudaraku yang di RAHMATI Allah, semoga Allah SWT sentiasa mencurahkan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita, ketahuilah, bahwa Al Jannah (syurga) adalah tempat tinggal yang kekal, penuh dengan kenikmatan yang lazat yang tidak bisa dibandingkan dengan segala kenikmatan yang ada di dunia. Itulah negeri yang hanya bisa dicapai oleh orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Bagi yang tidak diizinkan memasukinya maka tiada tempat lagi baginya kecuali an naar (neraka).
Suatu tempat tinggal yang penuh dengan kengerian yang tidak bisa digambarkan dengan kengerian di dunia. Seburuk-buruknya tempat tinggal dan seburuk-buruknya tempat kembali. Itulah tempat tinggal yang bakal dihuni oleh orang-orang yang tidak mahu tunduk dan taat kepada Allah SWT dan itulah tempat kembali bagi orang-orang yangtidak mahu mengikut petunjuk Rasulullah SAW.
Bicara tentang negeri akhirat merupakan hal yang seharusnya difikirkan bagi orang-orang yang beriman tentang hari akhirat. Yang mana akan melembutkan hati, menundukkan pandangan, menitiskan air mata dan meredam hawa nafsu. Menjadikan sedikit ketawa dan keseronokkan. Mengingatkan tentang ajal (maut) yang datang secara tiba-tiba. Tidak membezakan tua dan muda. Sudahkah kita siap mempertanggungjawabkan segala amal perbuatan yang kita lakukan di hari kiamat kelak? Inilah sebuah pertanyaan yang besar. Sebuah pertanyaan yang mesti membutuhkan jawaban. Maka siapkanlah jawabannya sebelum nanti ditanya di hari kiamat kelak!!! Ya, Allah selamatkanlah kami dari pedihnya azab neraka!!!
Dari shahabat Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda:
"Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya kalian melihat apa yang aku lihat, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Para shahabat bertanya:"Apa yang engkau lihat ya Rasulullah ?" Baginda SAW menjawab: "Aku melihat Al Jannah dan An Naar."
(HR. Muslim Kitab Solat no. 426)
Edisi kali ini akan menyajikan hal yang berkaitan dengan sifat-sifat An Naar. Dengan harapan dapat menambah rasa takut kita kepada Allah SWT. Mendorong kita untuk berlumba-lumba memperbanyakkan amal kebajikan. Tiada benteng yang mampu menahan dahsyatnya api neraka melainkan benteng dari amal kebajikan.
Luas An Naar
An Naar (neraka) memiliki kawasan yang amat luas, yang daya tampungnya tidak akan penuh meskipun dimasuki oleh orang-orang derhaka sejak zaman Nabi Adam A.S sampailah kepada hari kiamat. Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Pada hari itu Kami bertanya kepada Jahannam: Apakah kamu sudah penuh? Jahannam menjawab: "Masihkah ada tambahan?" (Qoof: 30)
Ayat di atas menggambarkan betapa luas dan besarnya Jahannam itu. Meskipun Jahannam dilempari dari seluruh jin dan manusia (yang derhaka) dari masa nabi Adam A.S sampai hari kiamat nanti, namun belum bisa memenuhinya.
Kedalaman An Naar
Rasulullah SAW menggambarkan tentang dalamnya An Naar dalam sebuah hadits dari shahabat Abu Hurairah r.a, beliau berkata:
"Kami pernah bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba kami mendengar sesuatu yang jatuh, lalu beliau bersabda: "Tahukah kalian apakah itu? Kami (para sahabat) menjawab:"Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."

Kemudian baginda SAW bersabda:
"Ini adalah sebuah batu yang dilemparkan dari atas An Naar sejak tujuh puluh tahun yang lalu, sekarang batu itu baru sampai di dasarnya."
(HR. Muslim no. 2844)
Masyaa Allah, betapa dalamnya An Naar!?!, sebuah batu yang dilemparkan dari tepi jurang/bibir An Naar, baru sampai ke dasarnya setelah 70 puluh tahun lamanya. Maka, jarak kedalaman An Naar itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Pintu Jahannam
An Naar memiliki 7 pintu yang akan dilewati dari pintu-pintu tersebut oleh para penghuni neraka sesuai dengan kadar dosa dan maksiat yang mereka lakukan di dunia.
An Naar memiliki 7 pintu yang akan dilewati dari pintu-pintu tersebut oleh para penghuni neraka sesuai dengan kadar dosa dan maksiat yang mereka lakukan di dunia.
Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka." (Al Hijr: 43-44)
Belenggu An Naar
Allah SWT juga menyediakan belenggu-belenggu yang sangat berat dan menyiksa. Sehingga para penghuni An Naar itu tidak bisa lari dan bersembunyi. Setiap dari mereka akan merasakan hukuman dan siksaan-Nya. Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Karena sesungguhnya pada sisi kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala." (Al Muzammil: 12)
"Dan kamu akan melihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama-sama dengan belenggu." (Ibrahim : 49)
Penjaga An Naar
Allah SWT juga telah menyiapkan pengawal yang siap sedia mengawasi dan menyiksa para penghuni An Naar. Allah SWT memilih pengawal itu dari kalangan malaikat.

"Dan tiada Kami jadikan penjaga An Naar melainkan dari malaikat."
(Al Mudatstsir: 31)
Panas An Naar
Para pembaca yang semoga Allah SWT tetap melimpahkan rahmat-Nya kepada kita, bahawa An Naar (neraka) itu adalah suatu tempat tinggal yang memiliki daya panas yang dahsyat. Kadar terpanas yang ada di dunia itu belum seberapa dibanding dengan panasnya api neraka..

"Maka, Kami akan memperingatkan kamu dengan An Naar yang menyala-nyala." (Al Lail : 14)
Bagaimana gambaran dahsyatnya api neraka yang telah Allah SWT sediakan itu? Hal itu telah digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan sahabat Abu Hurairah r.a:
"(Panasnya) api yang kalian (Bani Adam) nyalakan di dunia ini merupakan sebagian dari tujuh puluh bagian panasnya api neraka Jahannam." Para sahabat bertanya: "Demi Allah, apakah itu sudah cukup wahai Rasulullah SAW?" Baginda SAW bersabda: "(Belum)!, sesungguhnya panasnya sebagian yang satu melebihi sebagian yang lainnya sebanyak enam puluh kali lipat." (HR. Muslim no. 2843)
Api neraka itu juga melontarkan bunga-bunga api. Seberapa besar dan bagaimana warna bunga api tersebut? Allah SWT telah gambarkan hal tersebut dalam surat Al Mursalat: 32-33 (artinya):
"Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana. Seolah-olah seperti iringan unta yang kuning."
Berkata Asy Syaikh As Saa di dalam tafsir ayat ini:
"Sesungguhnya api neraka itu hitam mengerikan dan sangat panas."
(Lihat Taisirul Karimir Rahman)
Bagaimana dengan suara api neraka itu?
Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Apabila An Naar melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar kegeramannya dan suara yang menyala-nyala." (Al Furqon : 12)
Berkata As Saâ di dalam tafsirnya:"Sebelum orang-orang penghuni sampai ke An Naar, dari jauh mereka sudah mendengar kengerian suaranya yang menggoncangkan dan menyempitkan hati, hampir-hampir seorang dari mereka mati karena ketakutan dengan suaranya. Sungguh api neraka itu murka kepada mereka karena kemurkaan Allah. Dan semakin bertambah murkanya disebabkan semakin besar kekufuran dan kederhakaan mereka kepada Allah. (Lihat Taisirul Karimir Rahman)
Lalu dari bahan bakar apakah yang dengannya AllahSWT menjadikan api neraka itu dahsyat dan bersuara yang mengerikan? Ketahuilah, untuk menunjukkan semakin ngerinya dan pedihnya siksaan di neraka, maka AllahSWT jadikan bahan bakar api neraka itu dari manusia dan batu.

Allah SWTberfirman (maksudnya):
"Jagalah dirimu dari (lahapan api) neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir."(Al Baqarah: 24)
"Jagalah dirimu dari (lahapan api) neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir."(Al Baqarah: 24)
Makanan Dan Minuman Penghui An Naar
Apakah para penghuni jahannam juga mendapatkan hidangan makan dan minuman? Ya, tapi tidak seperti penjara di dunia yang masih menaruh belas kasih. Penjara di akhirat itu adalah tempat siksaan diatas siksaan dan kepedihan diatas kepedihan. Makanan dan minuman yang dihidangkan pun sebagai bentuk azab dan siksaan.
a. Makanan Yang Berduri
Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan rasa lapar."
(Al Ghasiyah: 6-7)
"Dan makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih."
(Al Muzammil: 13)
Ibnu Abbas r.a menjelaskan tentang ayat diatas bahawa;
"makanan yang menyumbat di kerongkongan" itu adalah duri yang nyangkut di kerongkongan yang tidak bisa masuk dan tidak pula keluar. Sehingga makanan itu hanya akan menambah kepedihan dan kesengsaraan."
b. Pohon Zaqqum
Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Sesungguhnya kalian wahai orang-orang yang sesat lagi mendustakan, kalian benar-benar akan memakan pohon zaqqum. Dan kalian akan memenuhi perutmu dengannya." (Al Waqi'ah: 51-53)
Apakah pohon zaqquum itu? Apakah pohon itu enak lagi lezat? Tentu tidak, justru pohon itu hanya akan menambah kepedihan dan kesengsaraan pula.
Allah SWT mensifati lebih lanjut tentang pohon zaqqum dalam ayat lainnya (artinya):
"Sesungguhnya dia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka jahim. Mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu. Maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum tersebut."(Ash Shaffat : 64-66)
Tatkala para penghuni neraka haus karena terbakar. Maka Allah SWT sudah siapkan hidangan minuman bagi mereka yang akan menambah pedih siksaan mereka. Minuman berupa nanah dan air panas yang dapat memotong usus-usus mereka.

"Kemudian sesudah makan buah pohon zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas."(Ash Shaffat: 67-68)
"dan mereka diberi minuman air yang mendidih sehingga memotong usus-usus mereka." (Muhammad: 15)
"Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah." ( An Nabaât : 24-25)
Pakaian Penghuni An Naar
Mereka juga akan dikenakan pakaian. Tentu pakaian itu tidak dibuat untuk kenyamanan. Justru pakaian itu sengaja disiapkan untuk menambah kesengsaraan bagi para penghuni nereka. Allah SWT berfirman (maksudnya):
"Pakaian mereka adalah dari pelangkin (ter) dan muka mereka ditutup oleh api neraka."

(Ibrahim : 50)
"Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka"
(Al Haj : 19)
Tempat Tidur Penghuni An NaarDemikian juga mereka telah disiapkan tempat tidur dan selimut. Yang sengaja dibuat untuk menambah kepedihan adzab bagi mereka.

Allah SWT berfirman:
"Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka). Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang zhalim."
(Al A'raf: 41)
Pembaca yang dimuliakan Allah, setelah kita mengetahui kengerian dahsyatnya azab neraka, maka banyak-banyaklah kita berdoâ, bertaubat dan beramal soleh. Karena Allah dengan rahmat-Nya hanya akan menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa kepada-Nya dan takut dari azab neraka. Yaitu dengan melaksakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi laranga-larangan-Nya.
"Ya Allah, tunjukilah kami ke dalam jalan-Mu yang lurus yang menghantarkan ke dalam Al Jannah (syurga) dan jauhkanlah kami dari jalan-jalan yang menghantarkan ke dalam api neraka."
Amiin, Ya Rabbal alamiin....

Moga bermanfaat buatku dan seluruhnya...insyaallah
*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA
Langgan:
Catatan (Atom)