Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Taat dalam solat dan luar solat



Assalammualaikum....

Solat itu mencegah perkara keji dan mungkar..
tetapi kenapa masih ramai lagi yang hidup bertopeng dua muka?
walhal mereka bersolat namun berbuat mungkar....

Maksud solat adalah untuk mencegah kemungkaran.

Timbul soalan bagaimana nak dapat maksud solat yang sebenarnya..?
Jawapannya kita kena bawa ketaatan dalam solat hingga ke luar solat.
Dalam solat 5 minit kita taat segala perintah Allah, maka kita kena bawa ketaatan dalam solat 5 minit itu ke dalam 24 jam dalam kehidupan kita…24 jam kena taat perintah Allah, seperti mana kita taat dalam 5 minit solat, dalam solat kita jaga mata, telinga dengar imam mengaji, mulut berzikir dan hati tawajjuh pada Allah..maka bila ketaatan dalam solat begini di bawa ke luar solat maka secara tal langsung kehidupan kita pun 24 jam seperti kita ‘solat’…barulah kita dapat menghindarkan perbuatan yang mungkar.

Sebab tu perempuan yang bersolat tapi tidak memakai tudung selepas solat adalah wanita yang tidak membawa ketaatan dalam solat diluar solat..bukankah semasa solat mereka tutup semua aurat?..kenapa sesudah solat kepala tak bertudung, pakai seluar ketat sampai nampak bentuk tubuh, baju tak berlengan...kenapa? Sebabnya mereka tak faham maksud sebenar solat....Begitu juga dengan kaum lelaki, lepas solat pakai seluar pendek..kenapa?


Begitulah akibatnya apabila kita tidak amalkan ketaatan dalam solat ke luar solat maka kehidupan kita selama untuk menghampiri solat yang berikutnya sia-sia begitu sahaja. Semasa solat fikiran melayang-layang tidak kusyuk..kerna itu solat kita tadi tidak mendatangkan apa-apa manafaat untuk kita bawa dalam kehidupan diluar solat....Bila solat tidak dapat mencegah kemungkaran, maka solat itu bukanlah solat.


Solat merupakan tiang agama, tanpa solat hidup mungkin tanpa tujuan, walau tujuan orang didunia ini ada, tapi yang terpenting adalah tujuan kita di akhirat nanti……..jadi tunaikan lah dan insyaallah bila kita bawa ketaatan solat diluar solat barulah kehidupan kita lebih baik dan setidak-tidaknya kita boleh berfikir akan buruk dan baiknya sesuatu perbuatan sebelum kita lakukan....istiqomah dan muhasabah diri...semoga Allah memberi RahmatNya kepada mereka yang taat segala perintah dan laranganNya....insyaallah.


Aku hanya memanjangkan apa yang pernah aku belajar, baca dan alami. Ilmu milik Allah, kekadang orang yang ketiga, keempat…. lebih baik daripada orang yang pertama menerimanya. Menyampaikan peringatan bukan bererti kita telah baik, tetapi satu usaha untuk menjadikan diri kita insan yang baik. Semoga Allah membalas dengan yang lebih baik..... Amin.