Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Menangis kerana takut kepada Allah




Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahwa tidak akan masuk neraka orang
menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat
asalnya.”Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan
seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan
kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku,
Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis
kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke
neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api
neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut
kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan
bin Fulan sebab sehelai rambut.”
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari
kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya,
suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut
kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu
lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya).
Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada
hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah
al-Jatsiyah ayat 28)Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api
neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa
suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.
Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan,
“Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi
saja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan
keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad
berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang
yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang
yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu
malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat
Muhammad S.A.W”
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata
Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.”
Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api
itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril,
Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di
kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku
diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api
itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua
buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air
mata.”


Wallahhu'alam....