Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Berlindung Dari Ilmu Tidak Bermanafaat


Marilah kita berlindung dengan Allah daripada ilmu yang tidak memberi manfaat
Kerana ia akan menjadi beban di Akhirat
Bahkan ia akan melaknat
Sohibul ilmi masuk ke dalam Neraka 500 ratus lebih dahulu daripada penyembah berhala
Ilmu yang tidak memberi manfaat, niat bukan kerana Allah
Bila diperolehinya hanya untuk mujadalah dan bermegah-megah
Untuk diforum-forumkan dan disyarah-syarahkan,
bukan diamalkan, tapi penuh dengan ujub dan riyak
Mementingkan kertas kerja jadi budaya,kemudian mesti diberi upah
Setiap apa yang hendak disampaikan mesti ada ganjarannya
Kalau tidak, ilmu tidak akan disampaikan
Makin bertambah ilmu, makin nampak bongkak dan sombongnya
Dan terasa 'orang luar biasa' dengan ilmunya
Jika ada orang yang lebih darinya, sakit hatinya
Bila berbincang dia sahaja mahu menang
Kalau kebenaran itu datang daripada orang lain,susah mahu menerimanya
Gambaran peribadi Rasulullah SAW tidak ada pada dirinya
Peribadinya macam orang biasa, bahkan nampak angkuhnya
Orang ini tidak akan bergaul dengan orang yang dipandang rendah
Kecuali keadaan memaksanya
Inilah dia ulama suk yang disabdakan oleh Rasulullah
Kita disuruh jauhi mereka
Bahkan disuruh takut lebih daripada seekor singa yang galak
Kerana ia akan melalaikan, boleh jadi menyesatkan