Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Tatkala tuhan mencipta manusia






 Al-Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah SWT,
yakni Adam 'alaihis-salam (as),yang terkandung didalam surah al-Baqarah,ayat 30-38,seperti berikut:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [30]

 Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". [31]

 Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".[32]

 Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". [33]

 Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.[34]

 Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".[35]

 Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".[36]

 Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.[37]

 Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".[38]

..semoga kisah ini akan menyedarkan siapa kita sebenarnya....

..barakallah...

*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA

Awal mula iblis memusuhi manusia







Kisah penciptaan manusia pertama oleh Allah SWT itu diulang beberapa kali penceritaannya dalam Al-Qur'an. Setiap kali diulangi ia diberi penekanan yang berbeza. Dalam surah Al-A'raf : 7 misalnya, apabila peristiwa ini diceritakan lagi, penekanan diberikan kepada sebab-sebab mengapa iblis tidak mahu tunduk kepada manusia. Disini juga dijelaskan asal bermulanya permusuhan antara iblis dengan manusia. Suatu permusuhan yang abadi, bermula dari detik manusia pertama diciptakan Allah di syurga, hinggalah kehari-hari akhir sebelum kehidupan manusia didunia ini di akhiri dengan kedatangan kiamat. Al-Qur'an mengulangi rakaman peristiwa ini pada surah Al-A'raf : ayat 11-25 seperti berikut;

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. [11]

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."[12] 

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina". [13]

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)". [14]

Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)". [15]

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; [16]

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". [17]

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; [18]

"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim". [19]

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)". [20]

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua". [21]

Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" [22]

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". [23]

Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)". [24]

Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)". [25]


..moga bermanafaat untuk kita semua....barakallah.

*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA

Isi Neraka

Imam Ali berkata,: Suatu hari, aku dan Fatimah melihat Nabi sedang menangis tersedu-sedu.

Lalu kami bertanya:"Ya Rasulullah, apa yang membuatmu menangis seperti ini"

Rasulullah menjawab:"Di malam Mi'raj,aku melihat sekelompok wanita dari
umatku dalam keadaan tersiksa dengan siksaan yang pedih hingga
membuatku menangis.

Saya melihat perempuan dalam keadaan rambutnya tergantung dan otaknya
mendidih. Ada perempuan yang lidahnya terjulur dan disiram dengan air
neraka yang panas.

Dan sebagian lagi memakan dagingya sendiri, di bawah badan mereka ada
api yang menyala, dan sebagian lagi kaki dan tangan dalam keadaan
terikat,sedangkan ular dan kalajengking mengelilinginya,

Dan wanita yang lainnya dalam keadaan tuli dan bisu dan dia ditaruh
dalam peti yang penuh dengan api yang menyala.Otaknya keluar dari
hidungnya dan badannya robek-robek sampai terpisah dari tulangnya.Dan
banyak lagi siksaan-siksaan yang aku lihat di sana."

Lalu Fatimah bertanya,"Ya Rasulullah, mengapa mereka di siksa oleh
Allah SWT sedangkan mereka adalah wanita-wanita yang beriman"
Rasulullah menjawab: "Wahai anakku, wanita yang digantung rambutnya,
adalah wanita yang tidak memakai hijab / Jilbab, wanita yang lidahnya
terjulur adalah wanita yang menyakiti suaminya, wanita yang susunya di
gantung adalah wanita yang tidak mau tidur dengan suaminya, wanita yang
kakinya di gantung adalah wanita yang keluar dari rumah tampa seizin
suaminya,

Wanita yang memakan dagingnya sendiri adalah wanita yang merias dirinya
untuk orang lain ,wanita yang kakinya diikat dan di kelilingi ular dan
kalajengking adalah wanita yang sholat dengan pakaian najis serta tidak
mandi setelah haid atau bersenggama,wanita yang tuli dan bisu adalah
wanita yang berbuat zina dan anak-anaknya di serahkan pada suaminya,

wanita yang menggunting badannya sendiri adalah wanita yang
membanggakan diri sendiri pada orang lain,wanita yang badannya dan
mukanya terbakar dan dia memakan ususnya serta semua isi perutnya
adalah wanita yang menyuruh orang lain berbuat zina,wanita yang
kepalanya kepala babi dan badannya badan keledai adalah wanita yang
suka berbohong dan mengadu domba, dan wanita yang bermuka anjing dan
api masuk dari belakang dan keluar dari mulutnya adalah wanita yang
suka bernyanyi".

Suatu hari Aisyah datang menghadap Nabi dan bertanya:"Ya rasulullah
,siapa yang paling berhak terhadap seorang perempuan?" Nabi menjawab:"
Suaminya", Aisyah bertanya: "siapa yang paling berhak terhadap seorang
laki-laki" Nabi menjawab:"Ibunya"..

Dalam suatu riwayat Muadz bin Jabal datang dari syam lalu dia sujud
dihadapan rasulullah. Rasulullah bertanya:"Apa yang sedang kamu
lakukan". Muadz menjawab:" Ini adalah adat buat kami, apabila seorang
pemimpin datang, kami harus bersujud kepada pemimpin tersebut, dan
akupun ingin bersujud padamu ya Rasulullah". Lalu Rasulullah
bersabda:"Janganlah kalian bersujud terhadap sesama manusia. Dan
seandainya sujud terhadap manusia itu di perbolehkan, maka aku akan
memerintahkan perempuan untuk sujud pada suaminya. Dan aku bersumpah
atas nama Allah tidak ada perempuan yang mengerjakan hak Allah kecuali
dia mengerjakan hak-hak suaminya".

Demikian pula Rasulullah Shalallahu’alaihi Wassallam pernah menangis
ketika menyaksikan salah satunya cucunya yang nafasnya sudah mulai
terputus-putus dan ketika putra beliau Ibrahim meninggal, air mata
beliau menetes karena belas kasih beliau kepadanya. Beliau
Shalallahu’alaihi Wassallam menangis ketika meninggalnya Ustman bin
Madh’un, beliau menangis ketika terjadi gerhana matahari lantas beliau
shalat gerhana dan beliau nienangis dalam shalatnya, kadang pula beliau
menangis di saat menunaikan shalat malam.

Kerisauan Rasullah kepada kita ummatnya tidak terbatas ruang dan waktu,
Beliau sangat mengkhawatirkan kita umatnya hingga dalam sholatnya pun
kaki beliau bengkak hanya untuk mendoa'akan bagaimana seluruh manusia
bisa selamat

Jazakumullah ila ikhwani

..semoga dikongsi bersama..

*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA


Apakah tegahan-tegahan Syarak ke atas wanita yang kedatangan haid dan nifas?


Segala tegahan ke atas orang yang berhadas kecil dan berjunub di atas, juga ditegah wanita yang kedatangan haid dan nifas melakukannya. Selain itu, ditambah dua tegahan lagi iaitu;

1. Puasa

Wanita yang sedang haid dan nifas ditegah berpuasa termasuklah puasa Ramadhan. Jika darah haid atau nifas itu datang ketika ia sedang berpuasa, batallah puasanya. Abu Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.). Bagi puasa Ramadan, wajib ia menggantinya pada bulan yang lain.

2. Bersetubuh dan beristimta’ dengan suami pada batasan antara pusat hingga lutut

Haram seorang lelaki mensetubuhi isterinya pada farajnya ketika ia sedang haid atau nifas. Pengharaman ini disepakati oleh sekelian ulamak berdalilkan firman Allah (bermaksud); “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”. (al-Baqarah; 222) Pengharaman mensetubuhi isteri yang kedatangan haid dan nifas ini berterusan hinggalah selepas mandi wajib. Jika darah haid atau nifas telah kering, namun belum dilakukan mandi wajib, tidak harus suami mensetubuhinya. Kesimpulannya, suami hendaklah menunggu hingga isterinya mandi wajib barulah ia harus mensetubuhinya.

Begitu juga, haram beristimta’ (berseronok) dengannya pada kawasan di antara pusat dengan lutut sekalipun tanpa bersetubuh mengikut pandangan jumhur ulamak termasuklah Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafi’ie. Menurut sebahagian ulamak (antaranya Imam Ahmad); yang diharamkan hanyalah mensetubuhi farajnya sahaja. Adapun beristimta’ sahaja (tanpa bersetubuh), tidaklah diharamkan termasuklah di kawasan antara pusat dan lutut, cuma dimakruhkan sahaja di kawasan tersebut. Pandangan kedua ini berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; “Orang-orang Yahudi apabila isteri mereka kedatangan haid, maka mereka tidak akan makan bersamanya, maka Nabi s.a.w. bersabda kepada orang-orang beriman; “Buatlah apa sahaja (dengan isteri kamu yang haid) kecuali nikah (yakni jimak atau bersetubuh)” (Riwayat Imam Muslim). Adapun beristimta’ dengannya pada bahagian lain dari kawasan antara pusat dan lutut atau sekadar mencium, memeluk, menyentuh atau sebagainya, hukumnya adalah harus dan halal dengan sepakat para ulamak.

3. Dijatuhkan talak ke atasnya 

Diharamkan suami menjatuhkan talak ke atas isterinya semasa ia sedang haid atau nifas kerana ia akan memanjangkan iddah. Tegahan ini berdalilkan hadis dari Abdullah bin Umar r.a. yang menceritakan bahawa dia telah menceraikan isterinya semasa isterinya sedang haid. Lalu bapanya (iaitu Saidina Umar r.a.) mengadu kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah lalu berkata kepada Umar; “Perintahkan Abdullah supaya rujuk kembali isterinya. Kemudian jika ia mahu ceraikan isterinya itu apabila ia telah bersih dari haidnya atau ketika dia hamil” (Riwayat al-Jamaah kecuali Imam al-Bukhari dari Ibnu Umar).

Perhatian;

Semua tegahan Syarak ke atas wanita haid atau nifas tidak terangkat kecuali setelah ia mandi wajib melainkan tiga tegahan sahaja iaitu;
a) Puasa
b) Talak
c) Melintasi masjid.

Ketiga-tiga larangan di atas terangkat sebaik sahaja kering darah haid atau nifas, iaitu tidak disyaratkan selepas mandi barulah perkara-perkara tersebut boleh dilakukan. Adapun tegahan-tegahan yang lain (iaitu solat, memegang al-Quran, membacanya, tawaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya) tidak terangkat melainkan setelah mandi wajib.

Wallahhu'alam...

*ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA

Apakah perkara-perkara yang dimakruhkan ke atas orang berjunub?


1. Tidur sebelum membasuh kemaluan dan mengambil wudhuk

Dimakruhkan ke atas orang berjunub tidur sebelum membasuh kemaluannya dan mengambil wudhuk. Ibnu Umar r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Adakah harus seseorang dari kami tidur dalam keadaan ia berjunub?”. Baginda menjawab; “Ya, jika ia mengambil wudhuk” ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. jika ia hendak tidur semasa ia sedang berjunub, ia akan membasuh kemaluannya dan mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk solat” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

2. Makan atau minum kecuali setelah mengambil wudhuk terlebih dahulu.

Terdapat hadis menjelaskan; “Adalah Rasulullah s.a.w. semasa ia berjunub jika ia hendak makan atau minum, beliau akan mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk solat” (Riwayat Imam Muslim). Ammar bin Yasir r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memberi kelonggaran kepada orang berjunub jika ia hendak makan atau minum atau tidur asalkan ia mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi. Berkata Imam at-Tirmizi; hadis ini soheh).

3. Kembali bersetubuh 

Orang yang berjunub makruh untuk kembali bersetubuh (sama ada dengan isteri yang sama atau isteri yang lain) kecuali setelah mengambil wudhuk terlebih dahulu. Diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Jika seseorang dari kamu telah mendatangi isterinya (yakni mensetubuhinya) kemudian ia ingin kembali bersetubuh, hendaklah ia mengambil wudhuk di antara keduanya (yakni di antara dua setubuh itu)” (Riwayat Imam Muslim).