Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

Kehendak Allah atas apa jua.

" Sesungguhnya apa yang berlaku adalah atas kehendakNya jua "
subhanallah...


Firman Allah SWT mafhumnya;

وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan Dia (Allah) Mengetahui (Segala) Apa Di Langit Dan (Segala) Apa Di Bumi, Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu

[Surah Ali 'Imran: 29]

Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu (yg termasuk dalam perkara-perkara yang harus pada aqal) iaitu perkara yang berjisim (segala makhluq), perbuatan manusia, usaha manusia, niat di hati, lintasan di hati, degupan jantung, pernafasan dan lain-lain. Sesiapa yang mengatakan atau ber'itiqad bahawa Allah Ta'ala tidak berkuasa terhadap perbuatan manusia, maka dia telah bertentangan dengan nas al-Quran. Dan sesiapa yg bertentangan dengan nas al-Quran, maka dia jatuh kufur...nauzubillah

" ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA "

Wahai Muslimahku..Aku tahu..







Wahai Muslimahku, sesungguhnya....

Aku tahu.....
Apabila dirimu telah jatuh cinta kepadaku
Aku tidak semesti punya segalanya
Tetapi aku adalah segalanya dihatimu.

Aku tahu....
Apabila dirimu mengalirkan air mata
Itu bukan bermakna dirimu lemah 

tetapi sedang mencari kekuatan
Untuk terus tabah mencintai diriku.

Aku tahu....
Apabila dirimu marah
Memang tidak mampu mengawal perasaanmu
Tapi aku percaya, itu maknanya
Dirimu sangat mengambil berat dan menyayangi diriku.

Aku tahu....
Apabila dirimu bercakap banyak
Bukan maksud dirimu untuk membuatkan diriku rimas
Itu adalah kerana dirimu mahu mengenaliku lebih dekat

Aku tahu....
Apabila dirimu mahu diriku berubah
Itu bukan bermakna dirimu 

tidak mahu menerima diriku seadanya
Tetapi mahukan diriku lebih sempurna
untuk masa depan bersamamu

Aku tahu....
Apabila dirimu cemburu dan tidak mempercayai diriku
Bukan bermakna dirimu tidak menyayangiku
sebaliknya dirimu terlalu sayangkan diriku
dan hanya mahukan yang terbaik untuk diriku

Aku tahu....
Apabila dirimu merajuk 
itu adalah kerana dirimu mahukan
diriku beri sepenuh perhatian terhadap dirimu

Aku tahu.....
Apabila dirimu jarang mengungkap sayang padaku
Itu tidak bermaksud dirimu tidak menyintaiku
Itu adalah kerana mahukan aku merasai sendiri cintamu
bukan dengan kata-kata tetapi melalui perilakumu

Aku tahu....
Bila dirimu menyatakan rindu padaku
Sememangnya benar dirimu merinduiku
Apabila berjauhan, bayangku akan sentiasa bermain dimatamu

Aku tahu....
Apabila dirimu membantah
Bukanlah bermaksud untuk melawan
Tapi mahu melihat sejauh mana 
diriku mampu bersabar dengan 
sikap dan tingkah lakumu

Aku tahu....
Apabila dirimu berkata “tinggalkan diriku”
Bukanlah bermaksud untuk menyuruhku pergi selamanya
Hanya sekadar mahu menenangkan fikiranmu
Apabila dirimu kembali tenang
Aku percaya dirimu akan mencari ku semula
Itulah tandanya dirimu benar benar menyintai diriku

Aku tahu....
Sememangnya Allah menciptakan 
Adam dan Hawa itu dengan perbezaan tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami
maka mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Kaum Hawa itu dicipta oleh Allah SWT indah sekali
Disebalik air matanya tersimpan 

seribu kekuatan yang menjadikan 
Kaum Adam itu berasa selamat bersamanya.

Biarpun zahir kaum Hawa itu nampak lemah
Tapi dia punyai kekuatan sendiri 
yang bisa mengoncang dunia
Dan mungkin bisa pula membuat kaum Adam 
menjadi lemah kerananya....wallahhu'alam

Dari itu Wahai Anak Adam bergelar lelaki,
hargailah kehadiran seorang Muslimah dalam hidupmu
Kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokongmu
Dan membuat hidupmu lebih sempurna dan
dia juga bakal menjadi Muslimah bekerjaya,
isteri dan ibu yang terbaik 
kepada anak anak mu nanti......barakallah

Dan untukmu Wahai Muslimahku..jadikan dirimu
Muslimah Solehah buat diriku...insyaallah

" Allah Kuasa MAkhluk Tiada Kuasa "

Keangkuhan si IBLIS



Dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya.....

Maka diciptakanlah Adam a.s oleh Allah SWT dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna. Lalu Allah SWT memerintahkan Para Malaikat untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s sebagai tanda menghormati dan memuliakan ciptaanNya itu. Meskipun dalam keraguan, namun Para Malaikat patuh akan perintah Allah SWT.

Allah SWT berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]

Ketika semua makhluk syurga sujud kepada keagungan Allah diatas penciptaanNya iaitu Nabi Adam a.s, Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah kerana merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam. Demikian halnya adalah disebabkan Iblis diciptakan dari unsur api sedangkan Adam hanyalah dari tanah dan lumpur. Kebanggaan dengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan tidak layak untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun telah diperintah oleh Allah SWT.

Cubalah fikirkan diri kita pula. Kita adalah hamba yang dicipta olehNya, dimuliakan sehingga para Malaikat patuh untuk sujud kepada Bapa kita Adam, tetapi mengapa pada saat ini ada diantara kita, merasa malas, suka bertangguh dan kadang kala tidak menghiraukan akan segala petunjuk dan perintah Allah untuk sujud dan beribadah kepadaNya. Jesteru mahukah kita juga tergolong dikalangan keluarga IBLIS yang sombong dan bongkak itu...???.......nauzubillah

Ketahuilah bahawasanya manusia walaupun telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental mereka tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Seperti mana yang telah terjadi pada diri Nabi Adam walaupun baginda telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Baginda telah lupa dan mengingkari perintah Allah kepadanya mengenai pohon terlarang itu dan mengenai Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.
Dan kita telah pun menerima peringatan itu bahwa IBLIS adalah musuh yang nyata buat kita, adakah masih lagi kita mahu bersekongkol dengan si IBLIS..???

Andai seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidakkah sepatutnya mereka berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan mereka sedar akan kesilapan dan bertaubat serta tidak akan mengulanginya . Rahmat Allah dan maghfirah-Nya dapat mencakupi segala dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya kecuali syirik sekalipun dosa besar asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan. Oleh itu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat...insyaallah

Sifat sombong dan bongkak selalu membawa kepada kerugian dan kebinasaan. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya sehingga hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga dia menganggap dan memandang rendah Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah SWT. Maka dari itu janganlah kita juga menjadi keluarga IBLIS yang sentiasa hidup dengan kesombongan dan keangkuhan yang mana akan membinasakan kita di DUNIA juga AKHIRAT......nauzubillah


Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri."
 (As-Sajadah: 15)
"Ya Allah Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggari perintah-Mu kerana terikut pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami....Ya Allah. Ampunilah kami Ya Allah...Ampunilah kami Ya Allah...aamin allahhumma aamin."

Wallahhu'alam

'Allah Kuasa Makhluk Tiada Kuasa'
* renung dan fikir-fikirkanlah....

Doa Yang Tidak Di Makbulkan Allah





1) Membaca Al-quran tetapi tidak mengamalkannya
2) Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur
3) Mengatakan syaitan itu musuh tetapi tetap menjadi pengikutnya
4) Mengatakan syurga itu wujud tetapi tidak berusaha untuk memasukinya
5) Mengatakan neraka itu dahsyat tetapi tidak cuba untuk menjauhinya
6) Mengatakan kita akan mati tetapi tidak bersedia
7) Selalu tengok jenazah ke kubur tetapi tidak mengambil iktibar
8) Menceritakan aib orang lain tetapi lupa aib sendiri
9) Mencintai nabi tetapi tidak mengikut sunnah
10) Mengatakan kita kenal Allah tetapi tidak menunaikan perintah -Nya


Wallahhu'alam

Rencah Kehidupan

   




Assalammualaikum....
Wahai Anak Adam yang dikasihi.....

Begitulah keadaan bagi setiap kehidupan didunia yang fana ini, suasana kehidupan bersilih ganti. Terang gelap pasang surut sudah menjadi lumrah kehidupan, namun jadilah manusia yang sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi dari Allah SWT, tuhan yang mentadbir sekelian alam...subhanallah 

Ketahuilah, setiap orang ada lapangannya yang tersendiri. Jika semua orang di dunia ni sama sahaja, pasti kehidupan terasa hambar, tiada warnanya. Bosan! Maha AgungNya Allah SWT, diciptakan pelbagai variasi kelebihan buat orang yang berbeza-beza. Saling melengkapi, cukup mencukupi, menampung yang kurang dan menongkat yang pincang.

Hidup ini adalah anugerah, hadiah oleh-Nya agar kita mengenal erti buat diri. Agar kita menyempurnakan misi tertentu yang disusun oleh Allah di aturan taqdir. Ketentuan setiap kita berbeza. Hadapilah ia sebagaimana yang kamu mahukan, asal tidak menyimpang dari laluan menuja redha Tuhan. Hiduplah dengan kehendakmu hatta 1 trilion tahun sekalipun, tanpa redha Allah..segalanya tidak bernilai sesaat sekalipun. Padang Mahsyar tiada kenal harga susah kerana perkara yang sia-sia. Hanya kala langkah berjalan di keredhaan Tuhan, barulah ia dijunjung penuh penghormatan.

Marilah kita hargai diri diri sendiri, kita syukuri apa jua yang Allah kurniakan pada kita. Syukur atas segala nikmat samada kecil mahupun besar. Baik atau pun tidak. Senang atau sukar. Mungkin, ada nikmat pada diri sendiri yang kita anggap kecil umpamanya seperti tiada nilai di sisi manusia, namun hakikatnya sangat besar nilainya pada orang lain.

Apa lah yang ada pada raut keangkuhan. Berjalan di mandala sebagai makhluk, tidak layak menandingi Sang Khaliq. Kalau sombong, tak kan ada siapa yang suka hatta Allah juga benci kepadanya. Berlagak sempurna pada 'barang' yang bukan miliknya.

Bersyukurlah walau dengan yang sedikit. Pujilah Allah yang Maha Kaya. Hakikatnya kita memang tiada apa-apa, kita bukan siapa-siapa. Pandai, bodoh, glamer, isolated, mulia, hina... semuanya hanyalah lakonan di dunia fana ini. Semua orang memainkan wataknya. Semua orang sama asalnya. Hanya dipilih untuk beraksi sebaik mungkin. Anugerah pula diberikan buat mereka yang ikhlas. Mereka yang tetap teguh pada Islam dalam apa-apa jua keadaan.

Lalu "Ucapkanlah Alhamdulillah..." hargai segala pemberian-Nya. Nyawa telah diberi percuma, dihiasi lagi dengan Iman dan Islam. Apa lagi yang lebih mahal dari anugerah ini?

" Yakinlah, Allah berkuasa makhluk tiada kuasa "

Barakallah............................