Jangan-Bersedih1

Sahabat ku

Terimakasih kerana ' FOLLOW ' blogku ini, semoga Allah akan merahmati hidup kita semua...aamin yarabbal'alamin.

25 pesanan Luqmanul Hakim

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu





..mohon disampaikan pada semuanya...

7 Rombongan iblis Laknatullah


Godaan syaitan mempunyai tahap-tahap tertentu. Lebih kuat iman seseorang maka lebih hebat dan tinggilah pangkat syaitan yang datang menggoda. Waktu yang paling dahsyat adalah sewaktu sakaratul maut. Ketika ini syaitan tidak lagi datang untuk menggoda kita untuk membuat maksiat. Tetapi matlamatnya lebih hebat. Impiannya lebih tinggi daripada gunung Fuji malah mengalahkan gunung Everest. Mungkin juga lebih tinggi daripada langit. Tujuan syaitan kali ini adalah untuk menukar akidah kita.



Rasulullah S.A.W pernah bersabda,


"Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan ketika saat maut."


Iblis yang ditugaskan untuk mengganggu manusia ketika Sakaratul Maut disusun menjadi 7 golongan....


Rombongan 1

Datang Iblis dengan pelbagai rupa seperti emas, perak, makanan dan minuman yang lazat. Jika orang yang dalam Sakaratul Maut itu sewaktu hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka akan disogokkan segala keperluan itu sehingga nyawanya terputus daripada tubuh. Inilah keadaan mati yang lalai dan lupa kepada Allah S.W.T (kematian munafik dan fasiq). Golongan yang gemar memasak jangan takut pula, semuanya bergantung kepada amal kita di dunia ini.


Rombongan 2

Datang Iblis kepada orang yang sedang dalam Sakaratul Maut itu menyerupai binatang yang paling ditakuti manusia seperti ular, singa, harimau, naga, dinosaur, buaya, kala jengking yang berbisa. Maka orang itu akan meraung sekuat hati. Saat itu terputuslah nyawa daripada badannya.


Rombongan 3

Datang Iblis Laknatullah yang menyerupai binatang yang amat diminati oleh bakal si mati. Jika dia berminat kepada burung, maka syaitan akan menjelma menjadi burung tersebut. Apabila tangan orang yang hendak mati itu ingin memegang binatang kesayangannya itu, matilah dia dalam keadaan lalai dan lupa terhadap Allah. Maka nerakalah tempat pengakhirannya. Bagi peminat kucing, jangan risau..yang penting kita teguhkan akidah kita kepada Allah. Jangan kita membenci pula kepada binatang ini kerana yang menentukan sama ada kita tergoda atau tidak kepada godaan syaitan ini adalah iman kita kepada Allah.


Rombongan 4

Datang Iblis dalam bentuk manusia yang paling dibenci oleh bakal si mati. Maka si mati itu akan berusahalah untuk menggerakkan tubuhnya bagi melakukan sesuatu kepada orang yang dibencinya itu. Kemudian sewaktu itulah maut datang dan matilah dia dalam keadaan fasiq dan munafiq.


Rombongan 5

Datang pula Iblis menyerupai orang yang kita sayang. Contohnya ayah, ibu, nenek, atuk, adik, kakak, isteri dan sanak saudara. Iblis menjelmakan diri mereka menjadi orang yang kita sayang dan membawakan kita air. Sedangkan ketika itu kita sangat dahaga. Maka berkatalah Iblis,

'Wahai anakku, inilah sahaja minuman yang kami bawakan kepadamu dan berjanjilah engkau akan menuruti kami. Engkau akan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.'

Maka jika dia sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir panjang lagi. Ketika waktu itulah dia mati dalam kekafiran yang nyata


Rombongan 6

Iblis akan datang menjelmakan diri menjadi ulama' yang membawa banyak kitab. Dia cuba meragukan kita tentang Zat Allah serta memberi ceramah yang mengelirukan. Maka kita pun akan ragu-ragu tentang kewujudan Allah dan akidah kita selama ini. Dalam keraguan itu, Malaikat Izrail pun datang mencabut nyawanya. Maka matilah dia dalam kekafiran dan kekallah dia dalam neraka. Terhapuslah segala amalan baiknya ketika di dunia dahulu.


Rombongan 7

Rombongan terakhir Iblis adalah yang paling hebat. Rombongan ini terdiri daripada 72 barisan ( sama seperti sabda Rasulullah S.A.W bahawa umat Islam akan terbahagi kepada 73 barisan dan satu sahaja yang masuk syurga serta selainnya masuk neraka. Mereka yang masuk syurga ialah mereka yang berpegang kepada al Quran dan Sunnah ( Ahli Sunnah Wal Jamaah ).Ketahuilah sesungguhnya Iblis Laknatullah akan menggoda manusia dengan 72 macam godaan. Setiap satunya berlainan.


Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia itu kalimah ' La ilaaha illAllah' untuk menyelamatkan dirinya daripada golongan Iblis yang sedaya upaya mahu menyesatkan umat manusia. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud,

"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu : La ilaaha illAllah"



Sumber Rujukan

Sakinah karya A.Ubaidillah Alias

Biodata Iblis Laknatullah

" Iblis Laknatullah "

Nama :    Iblis laknatullah


Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s


Status :    Fasik kelas pertama


Agama :   Kufur


Tempat Tinggal DI Dunia : Di dalam hati mereka yang lalai


Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam


Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah


Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok


Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya


Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah


Modal pusingan : Angan-angan kosong


Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah


Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa


Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan


Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam


Kelemahan : Bila orang membaca istighfar


Lambang : Sebarang tatu


Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat


Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia


Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba


Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran


Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah


Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat


InsyaAllah dengan adanya biodata sebegini kita akan lebih dapat mengenali musuh kita iaitu iblis laknatullah dan syaitan. Oleh itu marilah kita bersiap sedia untuk memperisaikan diri kita dengan iman yang teguh dan ketaqwaan yang utuh agar iblis dan syaitan gentar dengan kita sebagai mukmin.



Subhanallah......

Islam itu mudah


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim ]

Huraian:

Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai sesuatu bebanan.
Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup.
Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh diterima dengan mudah dan rela.